![Doktor pelatih cabul pelajar ditahan](http://bm.malaysia-chronicle.com/media/k2/items/cache/636140d62c4ea49beb39e48c768e246f_S.jpg)
Doktor berusia 36 tahun dan sudah berkahwin itu ditahan dengan bantuan Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang membawa suspek untuk menyerah diri di Balai Polis Kota Bahru.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, suspek menyerah diri pada pukul 9 malam tadi selepas dibawa oleh Pengarah HUSM dan beberapa kakitangannya.
Beliau berkata, setelah keterangannya diambil, suspek ditahan untuk membantu siasatan kes tersebut.
“Suspek ditahan hasil kerjasama pihak HUSM yang membawa doktor itu ke balai selepas dia dipercayai menyalahgunakan peluang belajar di negara ini,” katanya.
-Utusan
No comments:
Post a Comment