KOMENTAR:
‘Anwar Tidak Layak Jadi Pemimpin Negara’. Itulah kenyataan terbaru
Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan
ke Negeri Sembilan baru-baru ini.
Sebelum ini juga sering terbaca di dada media kenyataan-kenyataan
dari pemimpin Umno dipelbagai peringkat bahawa Anwar tidak layak jadi
PM.
Secara psikologinya dengan menghubungkaitkan perkataan Anwar dan PM
telah memberi isyarat bahawa kebimbangan paling kronik BN terhadap
potensi Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya.
Setelah 12 kali diadakan Pilihanraya Umum (PRU), isu Anwar menjadi PM
atau pembangkang menguasai pentadbiran negara tidak pernah wujud.
Bagi para penganalisa politik maupun orang politik, agenda dan
strategi politik Umno-BN amat mudah dibaca. Maklumlah setelah lebih 54
tahun menguasai negara. Skrip dan sejarah Umno tidak pernah berubah
walaupun perlaksanaannya agak berbeza.
Secara rawaknya, apa yang ditakuti pemimpin-pemimpin Umno-BN akan
diterjemah dalam bentuk menyerang atau menyalahkan pembangkang.
Lebih hebat dan kuat diserang menunjukkan itulah yang ditakuti atau cuba dihindari.
Mengapa Anwar di serang
Menurut Ketua DAPSY Pusat, Anthony Loke yang pernah di temubual
penulis suatu ketika dahulu menganggap tindakan menyerang Anwar
disebabkan Anwar di lihat sebagai pencetus kesedaran rakyat terhadap
kezaliman Umno-BN.
Selain itu menurut MP Rasah itu lagi, Anwar juga dilihat sebagai lambang kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Kata beliau, Karisma Anwar yang berjaya menyatukan PAS-DAP-PKR dalam
PR telah memberi ancaman besar kepada dominasi BN yang telah menguasai
negara sejak 54 tahun.
Kenyataan Loke tersebut memberikan pelbagai gambaran bahawa rakyat
telah berjaya melihat suatu pilihan baru menerusi kuasa politik untuk
menyingkirkan Umno-BN.
Cubaan menjatuhkan Anwar bermula sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi
PM. Anwar cuba di singkir Dr Mahathir disebabkan tindakan Anwar yang
lantang mengkritik beliau yang membantu anak-anak serta para kroni.
Dr Mahathir cuba mencari kesalahan Anwar berhubung apa-apa amalan
kronisme atau rasuah setelah hampir lapan tahun Anwar berada dalam
kerajaan. Namun tidak ditemui sebarang kes.
Sebagai langkah terakhir, Dr Mahathir terpaksa menyingkirkan Anwar
menggunakan jalan tidak halal. Anwar di fitnah berhubung isu moral yang
sengaja dicipta sehingga bekas timbalannya itu di penjara selama enam
tahun.
Anwar dibebaskan ketika Tun Abdullah menjadi PM disebabkan beliau
menyedari tindakan memenjarakan Anwar merupakan tindakan fitnah Dr
Mahathir untuk menamatkan kerjaya MP Permatang Pauh tersebut.
Tindakan tersebut telah mengundang kemarahan Dr Mahathir yang amat
sangat kepada Abdullah.
Hinggakan setiap kenyataan Dr Mahathir hingga ke
saat ini pun sering menyerang Abdullah dalam apa jua keadaan.
Selepas tamat PRU 12 lalu dan setelah Najib dipilih menjadi PM, Dr Mahathir turut mengambil peranan aktif membantu Najib.
Setelah menyaksikan kemampuan PR menguasai lima negeri termasuk
Wilayah Persekutuan, Najib dan Dr Mahathir mula merasakan gelombang
kebangkitan reformasi rakyat semakin aktif.
Andai ketika Di zaman Dr Mahathir rakyat bangun dan memprotes
dijalanan kini di parlimen dan di media seperti blog, facebook, twitter
dan media-media alternatif semakin galak mendedah pelbagai penyelewengan
kerajaan.
Akhirnya mungkin di atas nasihat Dr Mahathir dan Penasihat Yahudi APCO, Najib cuba mengulangi skrip lama menyerang Anwar.
Pembebasan Anwar dari fitnah Liwat 2 ketika gerakan 901 lalu tidak terhenti disitu sahaja. Malah menjadi bertambah hebat.
Hinggakan tidak ada satu hari pun media-media milik kerajaan berhenti menyerang Anwar.
Begitu juga dengan media-media yang dahululunya menyiarkan
bahan-bahan ‘fair story’ seperti Sinar harian juga tidak lagi bersifat
sebagaimana sebelumnya.
Hal ini bukan suatu yang menghairankan kerana hampir setiap kali
dekat PRU, pemimpin-pemimpin Umno-BN akan bertindak menaja beberapa muka
surat di akhbar.
Apatah lagi keluaran Sinar Harian edisi Selangor. Setelah peruntukan
RM2.71 bilion dari duit titik peluh rakyat diberikan kepada Umno
Selangor, dana tersebut boleh diperguna untuk tujuan tersebut.
Kalau anda kurang yakin, cuba lihat Sinar Harian edisi Selangor sejak
kebelakangan ini dari muka surat hadapan hingga muka surat tiga atau
empat. Hampir kesemuanya menjurus ke arah menyerang atau memperlekeh
kerajaan Pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Perlu jua di ingat Anwar Ibrahim merupakan penasihat ekonomi
Selangor. Memperkecil, memperlekeh atau menyerang kerajaan Selangor juga
bertujuan menyerang Anwar secara halus.
Takut Dihakimi rakyat
Rakyat juga telah bosan dengan amalan rasuah, kronisme, salahguna
kuasa, ugutan dan sogokan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN
selama ini.
Selain itu kemampuan PR membongkar pelbagai penyelewengan berserta
fakta-fakta sahih menjadikan Umno-BN semakin terdesak dan sukar
melepaskan diri.
Penyelewengan yang berjaya dibongkar PR berhubung penyelewengan dana
rakyat NFC berjumlah RM250 juta melibatkan seorang menteri yang juga
Ketua Wanita Umno berjaya meyakinkan rakyat berhubung keupayaan PR.
Begitu juga dengan amalan kenyataan yang menjadikan bukti dan fakta
membuktikan integriti serta karisma PR dilihat amat sihat dimata rakyat.
Sebagai jalan keluar Umno-BN cuba mencari jalan mencari kelemahan
dalam kerajaan-kerajaan negeri PR namun kesemuanya bersifat tuduhan dan
fitnah dan tanpa bukti.
Akhirnya hanya retorik dan fitnah dijaja didada media milik kerajaan.
Katak-Katak mula beraksi
Tindakan Anwar menyaman Utusan Malaysia awal Mac lalu sebanyak RM100 juta menjadikan akhbar tersebut semakin gelabah.
Tindakan saman tersebut mmberi kesan yang besar kepada integriti
media tersebut. Sebelum ini beberapa kes fitnah oleh media arus perdana
dimenangi oleh pemimpin PR Seperti kes Mahfuz Omar.
Sebagai jalan keluar, media tersebut cuba mendapatkan ‘katak-katak’
untuk menyerang kembali Anwar. Sebagaimana kebiasaannya katak-katak ini
melemparkan retorik politik tanpa fakta.
Bagi katak-katak tersebut inilah masanya yang amat di nanti-nantikan
kerana berpeluang untuk menarik perhatian Najib dan pemimpin-pemimpin
Umno.
Ini juga peluang untuk membolehkan mereka dipilih oleh Najib untuk
menjadi calon dalam PRU 13 nanti. Bagi Najib pula barang siapa yang
‘kuat’ menyerang Anwar, orang itu akan menjadi perhatiannya.
Hal ini di buktikan apabila bekas ketua AMK, Ezam Mohd Nor dan bekas
rakan Anwar, Datuk S. Nallakaruppan dilantik menjadi Senator setelah
berpaling tadah dan bertindak menyerang Ketua Umum PKR tersebut.
Tindakan Najib ini telah mengundang kemarahan ramai pemimpin-pemimpin
Umno yang telah lama berjuang dalam Umno namun tidak diberi perhatian.
Hal yang sama berlaku kepada ramai lagi katak-katak yang kebelakangan ini diberi ruang di media milik Umno.
Mengulas hal ini, Anwar dalam ucapan ketika di Malam Terakhir
Konvensyen PR di Alor Setar lalu berkata “Barang siapa yang mengata atau
mengaibkan saya ketika ini akan mendapat saham yang tinggi dari Najib.
Justeru tindakan bijak Anwar enggan melayan katak-katak ini telah
menjadikan mereka semakin resah. Niat untuk menarik perhatian Najib
serta pemimpin-pemimpin tertinggi Umno menjadi punah.
Alih Perhatian
Berdasarkan fakta kewartawanan, tindakan media milik Umno yang
menyerang Anwar bertali arus bertujuan mengalih perhatian dan tumpuan
rakyat berhubung pelbagai kelemahan dan kepincangan dalam kerajaan.
Rakyat cuba di cuaikan dengan budaya fitnah, prono dan mengaibkan orang lain sebagai suatu pelarian yang tidak bermoral.
Tidak ada jalan lain yang dilihat oleh Najib dan pemimpin-pemimpin
Umno termasuk penasihat Yahudi APCO selain mengaibkan Anwar di mata
rakyat.
Negeri-negeri PR telah terbukti berjaya dalam pentadbiran baik di Selangor, Pulau Pinang , Kelantan dan Kedah.
Keempat-empat negeri ini merupakan empat negeri teratas penyumbang
kepada kemasukan pelaburan asing (FDI) kepada Malaysia. Manakala
Selangor pula menyumbang sebanyak 22 peratus dari pendapatan ekonomi
negara.
Retorik kononnya berlaku pelbagai penyelewengan dalam kerajaan PR
hanya merupakan momokan tak berasas yang dihidang oleh media milik Umno.
Sedangkan apabila dipinta bukti dan fakta pelbagai alasan kosong dikemukakan.
Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar pernah pada awal Mac
lalu menyatakan beliau memperoleh bukti berlaku penyelewengan pasir di
Selangor. Justeru beberapa pemimpin PR mencabar beliau membuktikannya di
sesi SELCAT. Namun beliau gagal untuk hadir memberi keterangan.
Media ikat tangannya kebelakang
Dalam konteks politik, PR sememangnya mengharapkan media arus perdana
ini terus bersikap sedemikian. Ini disebabkan bukan sekadar amalan
kebebasan media namun jauh dari itu.
Tindakan membiarkan media arus perdana tenggelam dalam arus dan
mitosnya tersendiri menguntungkan PR. Bayangkan dengan adanya sembian
saluran media eletronik, 27 saluran radio dan hampir 12 saluran media
cetak harian Umno-BN sedang berada dalam keadaan tidak selamat dalam PRU
13 ini.
Sedangkan pembangkang dan PR hanya memiliki tiga saluran media cetak,
Harakah, Suara Keadilan, Selangor Kini yang terbitannya seminggu
sekali. Pun begitu penjualannya juga amat terhad hanya dibeberapa lokasi
yang dibenarkan sahaja.
Manakala media eletronik pula sekadar dibeberapa sesawang alam maya
yang diasaskan oleh individu yang simpati dengan perjuangan PR.
Selain itu kekangan media yang keterlaluan di kenakan kepada media
milik PR. Setiap berita dan laporan perlu menyertakan bukti dan fakta
yang benar dan tepat kerana sentiasa dipantau oleh Kementerian Dalam
Negeri (KDN).
Tersilap perkataan atau fakta, para editor akan dipanggil dan
dipersoal. Penulis sendiri pernah dikenakan tindakan dipanggil oleh KDN
walaupun tidak terdapat apa-apa kesalahan dalam penulisan tetapi sengaja
cuba ditakutkan oleh KDN.
Sedangkan media milik Umno diberi sebegitu besar imunit.
Gejala inilah yang menjadikan pengamal media pembangkang lebih matang
dan mampu mengenalpasti kehendak dan permintaan rakyat dari pelbagai
lapisan.
Pemimpin perlu jiwa yang besar
Momentum rakyat yang mahukan keadilan dalam pelbagai isu termasuk
menghalang budaya fitnah dan prono semakin menular. Malah rakyat juga
faham tindakan menyerang Anwar bertujauan mengalih perhatian rakyat
berhubung pelbagai kelemahan dan penyelewengan dalam kerajaan.
Najib sendiri dalam kenyataannya berhubung isu kebocoran maklumat
mesyuarat felda baru-baru ini membuktikan lagi keyakinan rakyat terhadap
Umno-BN semakin susut.
Hinggakan segala maklumat sulit kerajaan dibocorkan oleh rakyat yang
tidak sanggup lagi bersengkol dengan kerajaan yang melakukan pelbagai
penipuan terhadap dana rakyat.
Rakyat juga tidak rela lagi diperbodoh dan menjadi kuda tunggangan pemimpin-pemimpin gila rasuah dan kronisme.
Rakyat sudah bosan dengan segala penipuan dan salah guna kuasa
pemimpin-pemimpin Umno-BN yang telah lebih 50 tahun menipu rakyat.
Hakikatnya rakyat sudah ada pilihan untuk menggantikan Umno-BN dari terus bermaharajalele meratah khazanah negara.
Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja boleh menjadi PM walau pun
isterinya tidak punya koleksi beg tangan puluhan pasang atau cincin
berlian bernilai RM24 juta.
No comments:
Post a Comment