Apa lah yang korang pikir nih..
KUALA LUMPUR – Pertukaran saham antara Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia) dipercayai akan dibatalkan kerana perjanjian yang dilaksanakan sejak tujuh bulan lalu tidak memberi sebarang faedah dan kelebihan kepada MAS.
Sumber berkata, spekulasi pembatalan pertukaran saham MAS-AirAsia itu kini semakin hangat diperkatakan dalam pasaran dan dipercayai turut menjadi perhatian kerajaan.
‘‘Sama ada perjanjian tersebut benar-benar dibatalkan atau dirombak semula, perkara itu dijangka berlaku.
‘‘Cuma persoalannya bagaimana ia akan dibuat kerana dikhuatiri pembatalan atau rombakan akan memberi implikasi kos kepada MAS.
‘‘Kalau ia berlaku (implikasi kos), dikhuatiri akan memberikan kesan yang tidak baik kepada MAS yang kini dilanda krisis,’’ kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.
-Utusan
No comments:
Post a Comment