Cukup besar! Cukup tampak! Cukup jelas bahawa Pas masih dalam kekalutan walaupun seminar politik telah diadakan. TGHH yang cukup dihormati seakan2 menunjukkan bahawa dirinya bersetuju dengan kata2 Prof Aziz, dia bukanlah pemimpin tulen.
Sedikit nasihat dan pedoman dari Pemimpin Agung, Rasulullah S.A.W tatkala seorang sahabat besar bertanyakan tentang pangkat dan kedudukan untuk dirinya. Sahabat itu bukanlah calang orangnya. Cukup terkenal dengan keilmuan dan amalannya. Apa yang diberitakan Rasulullah pada nya? Engkau seorang yang lemah. Lemah untuk memimpin manusia.
Jadikan Pak Lah seorang Perdana Menteri yang turun demi sayangkan kelansungan umNO sebagai motivasi diri. Turunlah jika merasakan perjuangan PAS memartabatkan Islam sebagai The Way of Life priority dalam perjuangan politik ini.
Rakyat dan ahli2 juga bertanya tentang kebenaran Baiah Taklik ini. Benarkah ianya dilakukan? Kepimpinan yang terbaik datangnya dari rumah yang baik. Seorang pemimpin yang baik seharunya memimpin rumahnya ke jalan yang lurus dan kemudian baru lah keluar untuk memimpin manusia.
Jika benar PAS menggunakan Baiah Taklik ini, amatlah mengecewakan kerana isu ikatan suci perkahwinan yang kesannya membawa ke syurga dan keimanan dijadikan galang ganti kepada kedudukan dan kelansungan politik kemasyarakatan.
No comments:
Post a Comment