Best Ever, Tolong Klik Sini!

Saturday, November 28, 2009

Pelajar Dirogol: Kurang Didikan Dan Perhatian

Apa dalam fikiran gadis ini agknya? Di mana kesedarannya bila mengikut orang yang tidak dikenali. Dalam umur yang masih lagi muda anak, di mana pehatian keluarganya?

Akibat tidak serik mengikut teman lelaki termasuk yang tidak dikenalinya, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dikatakan menjadi mangsa 'kenduri seks' enam lelaki dalam tempoh tiga hari.

Remaja perempuan itu dikatakan telah diperkosa keenam-enam lelaki terbabit dalam tiga kejadian berasingan sejak 11 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, dalam kejadian pertama, mangsa yang berasal dari Kampung Gong Tok Nasek di sini dikatakan pergi ke rumah rakannya di Marang untuk menukar pakaian pada 11 November lalu.

Pada masa yang sama, katanya, remaja itu telah menghubungi teman lelakinya yang datang bersama dua rakan yang lain.

"Mangsa kemudian bukan sahaja dirogol berkali-kali oleh teman lelakinya tetapi dua rakannya turut mengambil kesempatan mencabul kehormatannya," katanya kepada pemberita di pejabatnya kelmarin.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, teman lelaki pelajar itu kemudian menghantar mangsa ke Dataran Shahbandar pada keesokan hari dan ketika sedang berseorangan, datang tiga lelaki tidak dikenali menjemputnya menaiki kereta.

Katanya, tanpa rasa insaf dengan kejadian pertama, mangsa mengikut ketiga-tiga lelaki terbabit ke Kampung Tok Molor di sini dan menjadi mangsa rogol kali kedua oleh dua daripada tiga lelaki terbabit.

"Walaupun telah berkali-kali menjadi mangsa rogol, remaja terbabit dikatakan mengikut lelaki lain yang tidak dikenalinya ke sebuah hotel berhadapan Pasar Besar Kedai Payang selepas kejadian itu," katanya.

Zamri menambah, mangsa yang ditemui oleh kakaknya pada 13 November lalu membuat laporan polis.

Polis kini sedang mengenal pasti kesemua suspek dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

No comments:

Post a Comment