Bersetuju dalam berjuang perlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Perlu juga berhadapan dengan kata-kata orang. Kadang-kadang hati juga tertewas dengan pujukan iblis dan musuh-musuh. Bukan sedikit mereka yang tewas, bukan sedikit mereka yang beralih arah. Lihatlah Ezam Md Nor, Lokman Md Noor, Badrul Hisham dan ramai lagi. Mereka ini orang kuat perjuangan namun juga tertewas. Namun perjuangan yang suci pasti ada pengganti.
“Saya tidak mahu lagi kekalkan status pembangkang, saya sudah lama berada di dalam parti pembangkang tetapi sehingga kini tidak mampu berbuat apa-apa kepada ahlinya. Sebaliknya menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat,” kata seorang pemimpin veteran pembangkang , Johnny Sipit, 54 dari Mukim Lanas.
Katanya, beliau telah bersama dan berjuang dengan pembangkang sejak 1999, namun apa yang menyedihkan ujar Johnny ialah hanya kegagalan yang mereka hadapi dan tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu rakyat.
“Saya telah menentang kerajaan cukup lama, selagi kita pembangkang kita tidak akan mendapat perubahan. Malahan terpinggir dan jauh ketinggalan. Lebih ramai lagi yang akan menyertai BN melalui PBRS,” kata Johnny dalam satu penyerahan borang keahlian kepada Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg.Seselungon, Mukim Lanas di sini. Turut hadir Timbalan Presiden PBRS, Datuk Ellron Angin dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sook, Charles Ikang.
“Saya terfikir sampai bila saya menentang dan menjadi pembangkang. Saya tidak mahu menjadi pembangkang seumur hidup kerana saya melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan,” kata Johnny yang merupakan penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihanraya umum yang lalu.
Kata Johnny, Jawatan yang tinggi dalam parti tidak bermanfaat kepada penduduk dan penyokong pembangkang di peringkat akar umbi.
“Saya tertarik hati dengan PBRS dan menyertainya kerana wakil rakyat PBRS telah bekerja dengan baik selama ini terhadap perubahan dan pembangunan di kawasan ini sedikit sebanyak,” kata Johnny.
No comments:
Post a Comment