Pakatan Rakyat tengahari ini mengumumkan akan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Kota Seputeh jika kekosongan berlaku.
Pengumuman itu diadakan setelah pemimpin Pakatan Rakyat berbincang tengahari ini. Jika berlaku kekosongan, dijangka calon PAS akan bertanding melawan Mukhriz Mahathir. Kota Seputeh adalah di dalam Parlimen Jerlun.
Barisan Nasional akan melakukan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi semalam yang mengumumkan berlaku kekosongan setelah Adun bee end tidak hadir sidang dun 2 penggal berturut2.
Mahkamah mengambil keputusan itu selepas membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.
Semakan itu difailkan pada 1 Oktober lalu selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan di Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya yang sah.
Speaker memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa wakil rakya BN itu bukan lagi seorang ADUN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan – pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini – seperti peruntukan perlembagaan negeri.
Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah agar satu pilihan raya kecil diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut.
Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika seseorang ADUN tidak menghadiri mesyuarat dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.
Dalam pilihan raya umum lalu, Abu Hassan mengalahkan calon PAS Ismail Wan Teh dengan majoriti kecil 495 undi.
Kerusi tersebut mempunyai 19,771 pengundi dengan 91.1 peratus daripadanya golongan Melayu.
Permohonan untuk menangguhkan keputusan berkenaan akan didengar Jumaat ini.
No comments:
Post a Comment