Best Ever, Tolong Klik Sini!

Sunday, November 15, 2009

Selamat Berkonvensyen PKR Negeri Selangor

Hari ini bermulalah konvenseyen PKR peringkat negeri selangor. Beribu2 perwakilan dari seluruh cabang negeri Selangor akan duduk berbincang demi merapatkan jurang2 perbezaan. Masa yang dipilih kini amat sesuai memandangkan pergolakan dan perpecahan dalaman yang berlaku dapam PKR amat jelas dan membimbangkan rakyat jelata yang memberi sokongan penuh kepada kepimpinan PKR demi suatu perubahan besar ke arah Malaysia baru.

Kepimpinan PKR perlu segera menyelesaikan krisis perpecahan yang berlaku dan bergerak ke hadapan jika mahu terus relevan dalam gelanggang politik Malaysia. Isu pemimpin terlalu dominan perlu diambil kira dan ditanganni segera dengan perbicangan meja bulat. Pemimpin dalam sesebuah organisasi tidak boleh dilihat terlalu dominan dibanding dengan mereka yang lain kerana akan menjuruskan perasaan dengki dan benci.

Isu yang timbul lewat kini adalah pilih kasih pemimpin dan dominasi penuh kepimpinan tertinggi dalam pentadbiran PKR. Demokrasi tidak lagi menjadi pegangan PKR yang suatu ketika dulu dilihat garang menentang amalan nepotisme dan kronisme.

Walaupun permasalahan PKR dapat ditutp dengan isu PAS dan seminarnya, tetapi pasir yang sedikit tidak dapat menutup bau busuk itu selamanya. Anwar dan kepimpinan tertinggi dalam PKR perlu duduk dan menyusun kembali strategi demi pemerkasaan parti untuk dilihat masih relevan di kalangan rakyat. Rajyat kini hanya menunggu untuk sekali lagi turun memberi kepercayaan kepada mereka yang boleh memberi harapan baru yang realistik.

No comments:

Post a Comment