Keadaan ini memaksa Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR yang dipengerusikan Anwar Ibrahim untuk mencari formula baru demi mengalihkan pandangan rakyat yang kini kelihatan selesa dengan formula gagasan 1Malaysia ciptaan Najib Tun Razak.
Keputusan dicapai untuk melancarkan peluru kepada susuk tubuh Perdana Menteri Najib Tun Razak, membongkar salah laku dan guna kuasa pemimpin2 umNO dan Bee End serta merapatkan kembali saf wakil2 rakyat Pakatan Rakyat.
Dengan beberapa stategi baru dicapai dalam perbincangan semalam, beberapa pembodek parti berkenaan seakan2 panas punggung dan terus menyerang kembali Anwar Ibrahim walaupun wosel permulaan belum dibunyikan. Ini memberikan beberapa implikasi politik bahawa memang terdapat salah laku yang diamalkan pemimpin2 umNO dan bee end.
Mat Hassan selaku MB Negeri Sembilan dilihat banyak bermain politik dari melakukan kerja2 pentadbiran kerajaan dengan beberapa insiden jelas dilihat untuk mengukuhkan kedudukannya setelah ISA kembali dalam Dewan Undangan Negeri.
Noh Omar dan juga Ketua Puteri umNO juga cuba membodek Najib Tun Razak dengan menghalakan dada mereka demi mempertahankan boss mereka. Semua berlaku hanya tidak sampai 24jam perbincangan PKR memberi petanda askar2 kelas ke3 ini cuba bodek untuk lebih rapat dengan ketua mereka dan menaikkan KPI mereka di mata Boss.
Cukup tampak MP2 Pakatan Rakyat cukup selesa dengan kemenangan Tsunami Politik Mac 2008 sehinggakan mereka terlupa akan strategi kemenangan perlu dirangka untuk kelansungan Harapan Baru PRU ke-13 nanti. Bangun dan kembalikan rakyat yang kepinginkan perubahan yang dicanangkan!
No comments:
Post a Comment