Mungkin sudah terlalu panas bila terbongkar segala rahsia2 selama ini yang meburukkan PKR dan DAP. Setakat ini rasanya rakyat Selangor lebih nampak kerja2 yang dilakukan PKR dan DAP di negeri Selangor. Bangkitlah kembali dan buatlah kebajikan seperti mana diinginkan. rakyat tidak mahu Selangor menjadi Perak yang ke-2..
Tulang Besi :
Jawatan saya dalam parti masih lagi Pegawai Khas pada Pesuruhjaya Selangor. Saya sebelum ini biasa menghantar SMS pada Dato’ Hasan. Cumanya, saya tak pernah dapat apa-apa respon dari Dato. Juga, kalau telefon pun, ingat senang ke nak tembus pada Dato’? Biasanya kalau saya telefon pun jarang Dato’ Hasan jawab. Jadi, kita pun malaslah nak call sebab kita ni sapa. Orang kebanyakkan sahaja. Bukan macam Dato’ orang bangsawan.
Semenjak pendedahan saya pasal konspirasi menukar barisan ADUN PAS di Selangor, saya ada berkomunikasi dengan beberapa AJK Dewan Harian. Dan bagi saya amat bermakna kerana ada beberapa isu yang saya tidak publish selepas saya merujuk kepada sumber2 ini. Namun sejak akhir-akhir ini, sms saya sudah tidak berjawab. SMS saya sudah berhenti dari dijawab oleh orang2 dari Dewan Harian ini.
Sepanjang “review” Dato’ Hasan seluruh Selangor selepas Mesyuarat Khas, nama saya tidak lekang dari mulut Dato’. Dan, dalam perjumpaan dengan blogger UMNO di rumah beliau tempohari pun nama saya disebut. Dan, apabila disebut nama saya, selepas itu diberitahu saya tak pernah telefon beliau. Tak pernah hubungi beliau dsbnya.
Tujuannya hendak memberitahu bahawa maklumat saya ni semua tak betul sebab tak pernah rujuk pada beliau. Habis tu, yang jumpa kat Mekah masa 10 Ramadhan terakhir pada tahun 2008 tu apa? Bukan jumpa beliau?
Kita kalau sudah sms pun tak jawab, malaslah nak telefon lagi. Kita rujuk sumber lain. Tapi, sumber lain pun dah berhenti layan kita. Tiba2 keluar kata Tulang Besi tak telefon la, tak rujuk la. Sampai bila nak auta ni saya pun tak tahu.
Saya 100% yakin pendedahan saya dalam Malaysiawaves benar. Misalnya, pendedahan saya berkaitan dengan percubaan Usop Ludin hendak menukar barisan ADUN PAS di Selangor. Ada dari JK Dewan Harian Perhubungan Negeri mencuba menelefon saya dan saya telefon balik.
Tapi, telefon bukan sebab nak bantai saya kata saya salah dan maklumat saya ni bohong. Dia telefon sebab nak suruh saya bagitau mana saya dapat maklumat tersebut. Tak payah dedah semua perbincangan tersebut. Cukup saya kata, maklumat tu tepat sampai terpaksa mereka menelefon saya untuk mencari sumber maklumat.
Saya tarik artikel tu pun sebab atas permintaan sumber saya, bukan saya nak tarik sangat pun. Saya lindungi siapa sumber saya dan dimana sumber saya berada. Banyak lagi kalau saya nak dedah. Cuma dalam file saya lagi belum dedah. Tunggulah.
Jadi, tak perlulah nak bersandiwara lagi. Bila kita dah call dan sms pun tak layan, tiba2 nak marah kita sebab kita tak hubungi mereka.
Kalau dah jahat tu tetap jahat. Hubung atau tak hubung pun, memang tetap jahat. Minta janganlah bawak cerita yang bukan2 macam ni. Tak elok.
Kalau cerita saya tak betul, nah saya cabar pada Dato Hasan dan seluruh Dewan Harian PAS Selangor untuk membetulkan saya.
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

No comments:
Post a Comment