Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat
mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan
kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.
"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.
Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.
Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.
Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.

No comments:
Post a Comment