Presiden Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim hari
ini meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati
dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dalam media arus
perdana semalam.
Dalam
pengumuman dalam blognya hari ini, Haris Ibrahim berkata, wawancara
Raja Petra -- yang juga jurucakap MCLM -- antara sebab untuk "keputusan
sukar" itu dibuat.
Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra
dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai
pendirian organisasi itu.
"Komen-komen itu... banyak melemahkan
usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan
Umno/BN (ABU)," katanya.
Beliau juga berkata sedih apabila Raja
Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu,
Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan
agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).
No comments:
Post a Comment