Oleh: Norutul Ilham
KUALA LUMPUR : Senator Dewan Negara, Dr
Syed Husin Ali memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M)
Berhad dan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.
Syed
Husin yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN menamakan pengarang
akhbar milik Umno, Datuk Abdul Aziz Ishak dalam writ saman melalui
Tetuan Edwin Lim Suren & Soh.
Menurut peguam beliau, Fadiah
Nadwa Fikri, tindakan itu diambil ekoran artikel yang diterbitkan
akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November 2011 bertajuk ‘Zul Noordin
nafi dakwaan Syed Husin’.
Artikel itu pada asalnya dipetik
berdasarkan blog Zulkifli mendakwa Syed Husin berbohong dan mengamalkan
rasuah, ketika mengulas buku ‘Memoir Perjuangan Politik’ yang ditulis
beliau.
Antara lain artikel itu mendakwa Syed Husin bersetuju
jika mengosongkan kerusi Timbalan
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar
Ibrahim berjanji menawarkan jawatan dalam mana anak syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga
RM60,000 sebulan.
“Defenden-defenden pertama dan kedua telah
secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan atau telah
menyebabkan percetakan dan penerbitan perkataan-perkataan fitnah.
“Manakala
defenden ketiga (Zulkifli) dalam blog peribadinya bertajuk
“Anjing-Anjing Pencen” turut menerbitkan perkataan-perkataan fitnah,”
kata Fadiah di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari
ini.
Justeru itu katanya, plaintif mengambil kira ganti rugi sepadan dengan fitnah yang dilemparkan oleh defenden.
Syed
Husin ketika ditemui pemberita berkata, artikel tersebut mengambarkan
seolah-olah beliau ‘seorang hiprokit’ , ‘tidak layak menjadi ahli
politik, menikam rakan-rakan parti, tidak berprinsip dan tidak layak
memegang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.
“Tindakan
menerbitkan artikel itu bukan sahaja memalukan saya, tetapi memalukan
akhbar tersebut, di mana integriti mereka sehingga sanggup memaparkan
berita fitnah.
“Ia memalukan negara, sepatutnya akhbar mesti
bebas melaporkan berita yang betul, bukannya fitnah dalam unsur politik
bagi mempertahankan sesebuah kuasa,” katanya.
No comments:
Post a Comment