Saya
diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari
2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar
negara dan isu Palestin.
Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan
dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk
mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.
Saya juga
mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat
Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
“I
support all efforts to protect the security of the state of Israel,”
said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open
diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains
contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”
Pendirian
saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan
Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela
hak mereka yang dizalimi.
Selain itu, pandangan saya ini
ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace
Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali
sebagai Two-State Solution.
Malahan dasar luar negara juga
menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan
YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada
27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF
THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).
Beliau menyebut:
“..Malaysia
fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an
independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking
into account the security concerns of both parties (Israel and
Palestine).”
Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara,
dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan
Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.
Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.
Justeru
saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar
belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya
mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Pendirian Parti Keadilan
Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas
dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah
surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.[HD]
No comments:
Post a Comment