Best Ever, Tolong Klik Sini!

Sunday, January 22, 2012

'Ah Wah Gor' atasi 'Ah Jib Gor'

Hanya seminggu selepas aman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Mandarin 'Ah Jib Gor' dilancarkan, penyokong lawan politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mewujudkan laman Facebook dengan nama 'Ah Wah Gor'.

Dan dalam masa 24 jam, 'Ah Wah Gor', yang bermaksud 'Abang Anwar 'dalam bahasa Cina, telah menarik lebih daripada 15,000 pengikut, sekaligus mengatasi 'Ah Jib Gor' yang menarik 14,400 dalam masa seminggu.

Pengikut 'Ah Wah Gor' telah meraikan sambutan besar  itu selepas angkanya berjaya mengatasi lawannya petang ini.

Pentadbir laman tersebut mengucapkan terima kasih kepada mereka

yang memberi sokongan padu dan mengambil kesempatan itu untuk menyeru mereka membantu mengubah rejim dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk mengenali perdana menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai perdana menteri semata-mata.
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment