KUALA
LUMPUR 19 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau
bersedia untuk berdepan saman dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pendedahan
skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Ia ekoran Shahrizat hari ini mengemukakan saman terhadap beliau dan
Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur.
Menurutnya, peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk
membongkar lebih banyak penyelewengan yang bakal diikuti lebih ramai
rakyat Malaysia.“Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan
kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya
penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini,”
“Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato’
Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak,”
tegasnya.
Menurut Rafizi, beliau yakin semua pendedahan yang dibuat setakat ini
adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi
yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.
“Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun
berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan
tindakan saman,” jelas beliau.
Menurutnya lagi, risiko saman itu adalah berat dipihaknya yang berdepan
kemungkinan muflis sekiranya kalah, sedangkan Shahrizat hanya perlu
membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak.
“Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah tentu beliau mampu membayarnya,”
“(Namun) jika pimpinan Umno seperti Shahrizat beranggapan mereka boleh
menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman
seperti ini, mereka tersilap besar,” katanya.
No comments:
Post a Comment