Pengguna alat elektronik Apple - iPod, iPad dan iPhone - kini boleh
mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa
depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak
isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Permainan
versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu.
Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya.
Permainan ini mengajak pengguna supaya ‘menyimpan wang’ untuk
membolehkan mereka ‘membeli-belah’.
Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.
![NONE](http://media1-cdn.malaysiakini.com/433/fa8402978915576451c881520e5fbc05.jpg)
Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.
![NONE](http://media1-cdn.malaysiakini.com/433/200bdb59a6944c062faf599cb3f9eb5d.jpg)
Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).
![NONE](http://media1-cdn.malaysiakini.com/433/08213c196ee6852848144754476deed5.jpg)
Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.
Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.
No comments:
Post a Comment