Best Ever, Tolong Klik Sini!

Wednesday, January 11, 2012

Saiful Tidak Boleh Paksa Pendakwa Buat Rayuan

Pengadu kes liwat II Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak boleh memaksa pihak pendakwaan untuk membuat rayuan berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu yang memutuskan ketua pembangkang itu tidak bersalah.

Ini adalah pandangan beberapa peguam kes jenayah apabila diminta pandangan mereka mengenai sama ada Saiful boleh memfailkan permohonan untuk memaksa pihak pendakwaan untuk membuat rayuan.

parliament cpc roundtable 210606 sithambarameguam V Sithambaram (kiri) memberitahu Malaysiakini bahawa ini tidak boleh dilakukan kerana walaupun Saiful mendakwa menjadi mangsa jenayah tetapi dakwaan kesalahan sebenarnya itu dikatakan dilakukan terhadap negara.

"Walaupun dia adalah pengadu, Saiful tidak boleh memfailkan apa-apa permohonan semakan kehakiman bagi memaksa pihak pendakwaan membuat  rayuan dalam perkara ini," kata Sithambaram, yang pernah mewakili jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam Hanif Basree Abdul Rahman dalam kes pembunuhan Noritta Samsudin

Seorang lagi peguam kes jenayah, Amer Hamzah Arshad, juga bersependapat. Katanya, apabila penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, peguam Karpal Singh memfailkan  permohonan untuk memaksa pihak pendakwaan membuat rayuan.

amer hamzah arshad interview 261005 up close"Bagaimanapun, permohonan itu kemudiannya ditarik balik, kerana budi bicara bagi memfailkan rayuan terletak di tangan Peguam Negara. Segalanya terpulang kepada pihak pendakwaan untuk memutuskan sama ada mereka akan membuat rayuan ataupun tidak," kata Amer Hamzah (kanan), yang adalah antara peguam pembelaan dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Berikutan pembebasan Anwar Isnin lalu, Saiful dilaporkan berkata beliau berharap bahawa pihak pendakwaan akan mengemukakan rayuan berhubung penghakiman itu.
14 hari untuk buat rayuan
Menurut Saiful adalah menjadi haknya membawa kes berkenaan ke peringkat seterusnya iaitu di Mahkamah Rayuan demi mendapatkan keadilan.

NONEDalam kes jenayah, pihak pendakwaan mempunyai 14 hari untuk memfailkan rayuan, kata seorang lagi peguam kes jenayah, Baljit Singh Sidhu (kiri).

"Justeru, hari terakhir buat  rayuan terhadap keputusan Liwat II boleh difailkan sebelum 23 Januari iaitu pada hari Tahun Baru Cina. Bagaimanapun, mengikut Akta Interpretasi 1948, jika hari berkenaan jatuh pada cuti umum, maka hari terakhir untuk difailkan rayuan adalah pada hari bekerja berikutnya.

"Jadi mengikut kiraan saya, hari terakhir bagi pihak pendakwaan untuk memfailkan notis rayuan adalah pada 25 Januari," kata Baljit .

Amer Hamzah juga bersependapat dengan pandangan Baljit bahawa pihak pendakwaan mempunyai sehingga 25 Januari ini untuk memfailkan notis rayuan itu tetapi berkata bahawa dalam amalan perundangan, lazimnya lebih baik jika rayuan dibuat awal.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan, Jabatan Peguam Negara, Kamaluddin Md Said, memberitahu Malaysiakini, bahawa pejabatnya masih belum membuat keputusan sama ada untuk memfailkan rayuan. Kes Anwar kini adalah di bawah bidang kuasa beliau.

azlanPeguam Sithambaram juga berkata sebaik sahaja notis rayuan difailkan, hakim mesti memberikan alasan-alasan bertulis mengenai penghakimannya itu.

"Ini termasuk memasukkan rekod rayuan, sebelum pendaftar mahkamah menetapkan  tarikh untuk mendengar rayuan itu," katanya.

Peguam kanan itu berkata hakim tidak diwajibkan menyediakan alasan penghakiman semasa menyampaikan penghakimannya, tetapi sebaik sahaja notis rayuan difailkan, maka beliau hendaklah memberi alasan secara bertulis secepat mungkin.

Pada masa lalu, Sithambaram berkata, ada arahan bahawa alasan penghakiman bertulis mesti dikeluarkan dalam tempoh enam bulan, selepas keputuswan dibuat, tetapi beliau tidak pasti sama ada arahan itu masih berkuatkuasa.

No comments:

Post a Comment