KUALA
LUMPUR, 30 Okt — Perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai Institusi
Pengurusan Dana (IPD) digantung di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan
Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa mulai 29 Okt,
2012."Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Bhd (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli dari KWSP mulai dari 29 Okt, 2012," demikian menurut makluman yang dipaparkan di laman sesawang agensi itu mulai semalam.














