Best Ever, Tolong Klik Sini!

Thursday, October 11, 2012

Kertas Putih Talam Dihebah Pada rakyat

Kertas putih mengenai kutipan hutang Talam akan dihebahkan kepada umum selepas dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor selewat-lewatnya pada 19 November depan.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ia telah diserahkan kepada Pejabat Dewan Negeri bersama laporan audit KPMG dan dokumen lain berkaitan pembayaran hutang Talam kepada negeri.

pkr johor skudai dinner 150912 khalid ibrahim"Orang ramai yang berminat untuk melihat dokumen ini perlu memohon kepada pejabat Dewan Negeri Selangor selepas ia dibentangkan," katanya lagi.

Sementara itu, Khalid juga menjelaskan, pihaknya akan mengadakan siri jelajah untuk menerangkan perkara itu ke seluruh negeri bermula Sabtu ini, di Kajang.

Ia akan diadakan serentak pada setiap malam Sabtu yang mana empat jurucakap rasmi yang dilantik kerajaan negeri akan berada di tempat berbeza untuk menyampaikan pembentangan.

Dalam perkembangan lain, menteri besar berkata beliau masih menunggu perkenan Sultan Selangor berhubung cadangan mengadakan sidang khas dewan sebelum 19 November.

No comments:

Post a Comment