Best Ever, Tolong Klik Sini!

Wednesday, October 17, 2012

MB Selangor: Masalah Zaman Umno Bn Telah Diperbetul


Masalah pentadbiran yang ditinggalkan oleh kerajaan BN dalam pengurusan syarikat negeri Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) yang menguruskan Universiti Selangor (Unisel) telah diperbetul, kata menteri besar Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011, PIYSB berjaya melaksanakan banyak pembaikan terhadap kelemahan yang dikesan pada tahun sebelumnya.

Katanya, antara kejayaan itu termasuklah pertambahan pengambilan pelajar yang terus meningkat kepada 11, 880 pelajar pada Oktober tahun ini berbanding 9,902 pada Oktober 2011.



NONE"Malah, kita yakin dan percaya proses timbang tara antara kerajaan negeri yang diketuai setiausaha kerajaan negeri dengan Jana Niaga Sdn Bhd akan mencapai keputusan positif," katanya.

Sementara itu, Khalid juga berkata, kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa audit dan pemeriksaan kerana sebelum ini audit dalaman tidak berfungsi dan Unisel terpaksa menggunakan khidmat audit luar.

Katanya, audit kewangan Unisel bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 telah siap ditandatangani dan mesyuarat agung tahunan (AGM) akan diadakan pada hujung tahun ini.

"Perlu diingatkan bahawa sebelum 2008, laporan audit kewangan Unisel tidak pernah dibuat.

"Justeru, kerajaan negeri mengambil inisiatif ini untuk memastikan wang rakyat yang digunakan untuk mengurus Unisel ditadbir secara telus dan bebas penyelewengan," katanya.

No comments:

Post a Comment