Best Ever, Tolong Klik Sini!

Tuesday, October 9, 2012

Mahathir: Undi Umno Adalah Undi Untuk Syaitan


SHAH ALAM 08 OKT : Pakatan Rakyat (PR) hari ini menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mengundi untuk pembangkang adalah mengundi untuk spekulator mata wang George Soros.


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata dakwaan itu sentiasa disuntik untuk menakutkan rakyat yang sering dilontarkan sejak dahulu apabila menjelang Pilihanraya Umum (PRU).

Katanya, Mahathir dan pemimpin Umno-BN lain sangat takut sekiranya BN kalah dalam PRU 13 akan datang. Ini disebabkan kebanyakan dari pemimpin-pemimpin ini mempunyai ‘kepentingan’ serta mempunyai hubungan yang kuat dengan yahudi.

“Tengok sahaja Mahathir, beliau menggunakan duit rakyat untuk bertemu dengan bekas Presiden Amerika George W. Bush.

“Kemudian Kerajaan Pusat membayar puluhan juta kepada APCO Worldwide kononnya mahu memulihkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa, sedangkan ahli APCO itu terdiri daripada bekas menteri Israel dan pegawai besar tentera Israel,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Mahfuz berkata mengundi Umno-BN sama seperti mengundi ‘syaitan’.
“Itu beliau yang cakap begitu, BN adalah syaitan yang dikenali. Jadi sama undi BN sama seperti undi syaitan.

“Sebab syaitan lagi teruk dari yahudi, kerana syaitan juga yang merosakkan yahudi.
“Mana teruk, orang yang terima duit dari orang asing yang dikatakan yahudi tetapi tidak ikut cara yahudi atau orang yang memberi duit kepada yahudi untuk menghentam Palestin?,” soalnya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata PR tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Soros malah tidak mengenali Soros.

Tambahnya, Pakatan tidak mempunyai agenda Yahudi dan turut menyokong perjuangan masyarakat Palestin ke atas penindasan rejim Israel di negara tersebut,” katanya.

Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mendakwa Mahathir bakal menjejaskan imejnya sebagai bekas Perdana Menteri yang berwibawa apabila mengaitkan PR dengan Soros.

Selain menyifatkan Mahathir sebagai “nyanyuk”, Tony berkata ahli veteran Umno itu tidak patut melibatkan diri dalam konflik seperti ini memandangkan beliau bukan memegang jawatan sebagai pemimpin negara.

“Kenyataan itu merupakan kata-kata orang yang telah nyanyuk ini akan mengurangkan persepsi baik orang ramai terhadap beliau. Beliau telah hilang relevan dalam mengeluarkan kenyataan dan tindakan ini akan mencemar nama baiknya sendiri,” katanya.

Beliau turut menempelak Mahathir yang pernah berjumpa dengan Soros untuk mengajak Soros menyertai projek Forum Keamanan Global untuk menangani jenayah perang sebelum ini.

No comments:

Post a Comment