Best Ever, Tolong Klik Sini!

Tuesday, October 30, 2012

Public Mutual Digantung Dari Menguruskan Dana Pengeluaran KWSP


KUALA LUMPUR, 30 Okt —  Perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) digantung di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa mulai 29 Okt, 2012.

"Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Bhd (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli dari KWSP mulai dari 29 Okt, 2012," demikian menurut makluman yang dipaparkan di laman sesawang agensi itu mulai semalam.
PD tidak dimaklumkan sebab-sebab kenapa Public Mutual tidak dibenarkan lagi menguruskan danan pengeluaran untuk ahli menjalankan pelaburan. 

Makluman itu, bagaimana pun menyatakan bahawa IPD berkenaan masih bertanggung jawab menguruskan pelaburan simpanan ahli KWSP yang telah dipindahkan sebelum 29 Okt, 2012. —  Bernama

No comments:

Post a Comment