Best Ever, Tolong Klik Sini!

Wednesday, October 17, 2012

Peguam Gesa Tubuh Tribunal Siasat Mata Lebam Anwar

Peguam N Surendren mengesa ditubuhkan sebuah tribunal pebagi menyiasat penglibatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam konspirasi Kes Liwat 1 empat belas tahun lalu.
 
Desakan itu dibuat peguam Surendran yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penarikan balik saman fitnah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap Anwar pagi tadi.

Tribunal perlu dibuat kerana beliau (Abdul Gani) dinyatakan sebagai berkonspirasi dengan Musa untuk menamatkan kareer politik Anwar.

“Penarikan balik saman menunjukkan bahawa segala fakta Anwar bahawa terdapat konspirasi peringkat tertinggi terhadap beliau adalah benar dan ada asasnya.

ProblemDunia nampak pembatalan ini adalah akibat tekanan dalaman yang amat kuat untuk menutup beberapa isu yang lebih besar. Untuk pengetahuan semua, kes mata lebam ini adalah sangat berkait rapat dengan pemecatan Anwar Ibrahim oleh Mahathir.


“Perkara ini mesti disiasat,” tegasnya yang dihubungi melalui panggilan telefon sebentar tadi.

Pagi tadi, Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad mengenai penarikan balik saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia berkaitan laporan polis oleh Anwar terhadap Musa, Abdul Gani, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dan ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Mohd Yusof berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Liwat 1.

Berikutan penarikan saman tersebut, perbicaraan insiden kes mata lebam oleh Anwar akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis yang dijadual bermula hari ini dibatalkan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) menyiasat Musa dan Abdul Gani atas dakwaan salahguna kuasa namun panel tiga hakim yang diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman memutuskan mereka tidak melakukan penyalahgunaan kuasa.

Bagaimanapun, Mat Zain (pegawai penyiasat dalam insiden mata lebam) mendedahkan peranan kedua-duanya dalam mereka bukti dan menghantar surat terbuka kepada pihak media beserta salinan kepada Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Mat Zain adalah antara saksi yang dijadual memberi keterangan bagi pihak pembelaan pagi tadi. 

No comments:

Post a Comment