PETALING JAYA 23 Oktober: KEADILAN hari ini mendedahkan skandal
penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh
Menteri Besarnya.
Perkara itu dibongkar Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini.
Beliau berkata, di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno BN telah
menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui perwartaan
membatalkan status hutan simpan kekal.
Menurutnya, pembatalan tersebut diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan MB Datuk Seri Mohamad Hassan.
“Seperti yang dijangka, keputusan pembatalan sebenarnya tidak sah kerana
melanggar undang-undang yang diperuntukkan,” kata Rafizi.
Jelas beliau, pembatalan tersebut bertentangan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172).
“Malangnya, kerajaan Umno di bawah pentadbiran dua Menteri Besar, Tan
Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan
membenarkan penerokaan berlaku,” katanya.
Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai bukti pimpinan Umno mendapat
keuntungan hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit.
“Kita akan bongkar lebih banyak penyelewengan melibatkan syarikat dan
pemimpin negeri berkepentingan dalam skandal ini,” katanya.
“Pemimpin negeri dan MCA sendiri perlu bersiap sedia kerana mereka semua terlibat,” kata Rafizi.
Hadir sama dalam sidang media itu, Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, T
Kumar; Setiausaha KEADILAN Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin dan
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff.
No comments:
Post a Comment