Best Ever, Tolong Klik Sini!

Wednesday, October 10, 2012

Lagi Usaha Pecah Belah PR Dalam Dalam


Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dilihat cenderung kepada fahaman liberal kerana melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau MJ Akbar baru-baru ini.

"Timbalan Mursyidul Am, Haron Din mempertikaikan Anwar kerana penulis dari India itu bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam kerana fahaman terlampau liberal.



"Jika dibiarkan fahaman seperti ini, ia boleh menjadi ancaman kepada akidah umat Islam,” katanya.

Ahli Parlimen Bachok ini menambah: "Walaupun Anwar tidak pernah berkata beliau liberal, tapi tindak-tanduknya yang banyak kali itu boleh dilihat bertentangan.”

Beliau yang juga Ahli Majlis Syura Pas berkata demikian pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

Sementara itu, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok turut menyatakan sokongan kepada kenyataan pemimpin veteran Pas, Shahnon Ahmad yang mendakwa Pas menyimpang dari amalan politik Islam.

Katanya, kenyataan Shahnon itu mungkin dalam konteks pemimpin-pemimpin DAP yang semakin berani mempersoalkan hudud dan undang-undang Islam hari ini.

"Kenyataan Shahnon perlu diberi perhatian serius oleh Pas, tentangan-tentangan dari pemimpin bukan Islam secara terbuka perlu dihentikan," katanya merujuk kepada kenyataannya dipetik Bernama semalam.

No comments:

Post a Comment