Best Ever, Tolong Klik Sini!

Thursday, December 24, 2009

Anwar Ibrahim VS Mahathir Mohamad: Keputusan Dirancang?

Apakah bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim ada memainkan peranan dalam keputusan penghakiman kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Tinggi dua tahun lalu?

Persoalan ini timbul ekoran dakwaaan dalam sepucuk surat tanpa identiti pengirimnya bahawa pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi, Tengku Maimun Tuan Mat telah menggugurkan saman Anwar itu selepas menemui Ahmad Fairuz beberapa kali sebelum mengumumkan penghakimannya.

Hakim-hakim terikat dengan kod etika yang ketat dan mesti tidak memihak dalam penghakiman mereka, dan tidak boleh tunduk kepada tekanan pihak eksekutif, penggubal undang-undang ataupun para pegawai senior badan kehakiman.

Seandaikan wujud kebenaran dalam dakwaan tersebut, maka badan kehakiman akan sekali lagi berdepan dengan keaiban.

Malaysiakini difahamkan bahawa satu aduan telah dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR, kini Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada tahun 2007 sejurus selepas Tengku Maimun menyampaikan penghakimannyaa dalam kes saman fitnah Anwar terhadap Dr Mahathir itu.

Dakwaan dalam surat yang dihantar kepada BPR itu turut disampaikan kepada pihak kehakiman dan pihak berkuasa, yang mendakwa Tengku Maimun telah beberapa kali membincangkan perkara itu dengan Ahmad Fairuz sebelum dia menyampaikan penghakimannya.

Antara dakwaannya ialah Ahmad Fairuz telah memberitahu Tengku Maimun "bagaimana hendak membuat keputusan" dalam kes tersebut.

Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mahathir ekoran komennya dalam satu sidang akhbar Suhakam, berhubung dakwaan perilaku seks pemimpin pembangkang itu.

Peguam VK Lingam - yang dikaitkan dalam klip video skandal pengaturan hakim - mewakili Dr Mahathir dalam kes tersebut.

Michael Shumacher ke Mercedes GP

Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Michael Schumacher akan membuat kemunculan semula tahun depan.

Legenda F1 itu telah menandatangani kontrak selama setahun bersama Mercedes GP, sekali gus menamatkan tempoh persaraannya selama tiga tahun.

Pengumuman tersebut dibuat 11 hari sebelum Schumacher menyambut hari lahirnya yang ke-41 pada 3 Januari depan dan kehadirannya itu menjadikan dia pemandu tertua dalam F1 tahun depan.

Schumacher berkata: "Motivasi yang saya terima sangat mendatar. Saya menerima panggilan daripada Ross (Brawn, ketua pasukan) pada awal November dan bertanya sama ada saya mahu berlumba kembali.

"Ross juga memberitahu pasukan Mercedes akan turut terlibat. Saya tidak pernah meninggalkan trek perlumbaan dan selepas tiga tahun bersara, saya masih boleh merasai semangatnya sehingga sekarang.

"Selepas puas berjinak dengan perlumbaan motosikal, saya kini bersedia untuk menghadapi perlumbaan sebenar," kata Schumacher.

Schumacher sebelum ini dilihat mahu kembali semula dengan pasukan Ferrari pada musim panas lalu untuk menggantikan Felipe Massa yang cedera, namun dia menarik diri selepas kecederaan tersebut bukan satu masalah besar untuk Massa berlumba semula. - Agensi

Tony Fernandes: West Ham Bukan Perancangan Terbaik Masa Ini

Datuk Seri Tony Fernandes menafikan bahawa dia telah membuat tawaran untuk membeli kelab West Ham meskipun telah mengadakan perbincangan dengan kelab tersebut.

CB Holdings, syarikat yang memiliki West Ham, sedang mencari pelabur baru dan mereka sangat berharap ahli perniagaan dari Malaysia itu bersetuju membeli 51 peratus saham dalam kelab Liga Perdana England itu.

Tony Fernandes merupakan individu yang membawa semula pasukan Lotus ke kancah perlumbaan Formula Satu (F1) tahun depan dan dilihat sebagai alternatif terhadap penjualan West Ham kepada bekas pemilik Birmingham, David Gold dan David Sullivan.

Begitupun, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah AirAsia itu menafikan laporan tersebut kepada akhbar London Evening Standard kelmarin.

"Tidak, bukan dalam masa terdekat ini. Saya sedang sibuk menguruskan tentang pasukan F1 saya, jadi ia (pembelian West Ham) bukan sesuatu yang akan saya lakukan," katanya.

Bank dari Iceland, Straumur memiliki saham sebanyak 70 peratus dalam syarikat CB Holdings dan telah menolak tawaran sekitar £50 juta (RM274.2 juta) daripada Gold dan Sullivan ke atas kelab yang dianggarkan bernilai £120 juta (RM658 juta) itu.

Tony Fernandes yang meminati kelab West Ham mengakui bahawa masa depan kelab yang menduduki tangga kedua terbawah Liga Perdana England itu tidak begitu cerah.

"Saya sangat risau tentang masa depan West Ham. Mereka dalam keadaan genting sekarang ini dan cara pengurusan kewangan juga teruk," kata Tony.

"Peminat kelab ini, termasuk saya mahukan yang terbaik, tetapi kedudukannya tidak begitu bagus untuk menarik pelabur baru." - Agensi

Mahathir: Lupakan Negara Asal, Kita 1Malaysia

Setiap orang di Malaysia harus mengetepikan negara asal mereka dan mesti menganggap mereka adalah seorang rakyat Malaysia bagi menjayakan konsep 1Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan perdana menteri berkata mereka harus melupakan negara asal mereka seperti India atau China dan menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia, lapor agensi berita Bernama.

"Mereka harus ketepikan negara asal mereka dan jadilah warga negara Malaysia bagi memastikan gagasan 1Malaysia berjaya dicapai," katanya ketika berucap di majlis makan malam penghargaan Pertubuhan Muslim Kadayanallur di Pulau Pinang malam tadi.

Beliau menggesa rakyat negara ini supaya membantu merealisasikan aspirasi kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan kaum dan keharmonian sejajar dengan konsep 1Malaysia.

Dr Mahathir berkata rakyat Thailand dan Indonesia masing-masing menganggap diri mereka sebagai rakyat 'Thai' dan 'Indonesia' tetapi keadaan itu tidak berlaku di sini.

Mengulas dakwaan bahawa komuniti India Muslim di negara ini dipinggirkan, beliau berkata mereka harus memilih sama ada untuk menjadi seorang Islam atau India.

"Negara ini sangat liberal dan saya fikir India Muslim akan diterima oleh semua sekiranya mereka memilih sama ada untuk menjadi seorang Islam atau India," katanya.

Dr Mahathir berkata tiada perbezaan di antara kaum kerana semuanya adalah rakyat Malaysia.

"Perlembagaan Persekutuan memberi takrifan jelas mengenai Islam. Sekiranya mereka memilih untuk memeluk Islam jadi harus turuti perlembagaan itu," katanya.

Beliau berkata sekiranya India Muslim di negara ini masih menganggap seperti itu, masyarakat akan berfikiran mereka masih mempunyai hubungan dengan negara asal.

"Masalah yang dihadapi komuniti India Muslim akan selesai sekiranya mereka memilih sama ada memeluk Islam atau seorang India," katanya.

London to United States dan Kini Argentina: Laju Enjin Jet Terbang

Setelah 2 tahun dari 2007 pasukan polis Malaysia siasat. Tup tup dapat pulak sekarang ni. Dulu masa diam-diam 1Malaysia tak tahu susah pulak siasatnya. Sekarang dah bingit 1Malaysia baru jumpa. Wahhh, memang bertuah! Baru nampak efisyen kan..

Enjin jet pesawat supersonik F5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dicuri dalam satu sindiket dalaman dua tahun lalu telah ditemui - di Argentina. Sehubungan dengan itu, beberapa pegawai kanan TUDM, termasuk jeneral dijangka akan disoal siasat oleh pihak polis. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan berkata, pihaknya masih perlu menyoal siasat beberapa pegawai tinggi TUDM termasuk beberapa jeneral walaupun empat orang termasuk tiga dari kalangan staf rendah telahpun ditahan (dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin).

“Kita perlu menyoal siasat pegawai-pegawai tinggi kerana bukanlah mudah untuk menyeludup keluar enjin yang sebegitu besar tanpa perlepasan atau dokumentasi yang betul.

“Pihak polis setakat ini telah merampas dan menemui beberapa dokumen berkaitan dengan penjualan enjin pesawat itu termasuklah dokumen berkaitan penghantarannya keluar dari negara ini,’’ kata beliau.

Adalah difahamkan, enjin turbo jet General Electric J85-21A itu -- untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye - telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.

Difahamkan juga kesemua dokumen yang berjaya dirampas oleh polis adalah dokumen asal dan asli dan bukannya dipalsukan untuk tujuan penjualan.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, enjin yang dicuri itu telah disedari hilang dari Pangkalan Udara Sungai Besi sewaktu rutin pemeriksaan penyelenggaraan. Turut hilang ialah rekod penyelenggaraan dan juga servis enjin berkenaan.

Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi akan bawa kes liwat Anwar ke persada dunia

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi berjanji akan membawa isu fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke persada antarabangsa untuk diselesaikan secara syarie.

Justeru, tokoh Islam terkemuka itu akan menggunakan pengaruh beliau untuk bertemu dengan organisasi Islam antarabangsa dan pemimpin Islam terkenal diseluruh dunia dalam masa terdekat.

“Hingga ini kes itu kata syeikh qardawi hendaklah diangkat dengan lebih kuat dan luas seantero dunia supaya datuk seri anwar terbela.

“Dari segi syarak dan digerakkan wadah-wadah antarabangsa seperti kesatuan ulama islam sedunia, dan juga untuk di kemukakan dengan lebih luas untuk sama-sama bekerjasama menyelesaikan kes fitnah anwar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi pertemuan khas Yusuf bersama Anwar Ibrahim di Putrajaya, semalam.

Menurut Dr Muhammad Nur lagi sekiranya kes qazaf yang difailkan Anwar pada Julai 2008 terus dilengahkan ini akan menjejaskan imej serta martabat Malaysia di mata ummah.

Ini kerana keadilan yang ditangguhkan adalah satu bentuk kezaliman, dan seorang Muslim berhak untuk membela diri di muka pengadilan.

“Pendirian Syeikh Qardawi begitu tegas, dan hendaklah mengikut prinsip al-quran dan sunnah dengan menggunakan prosedur-prosedur.

“Anwar mempunyai hak syarak untuk mempertahankan dirinya bagi menjawab tuduhan fitnah yang tidak berasas ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berkata Sheikh Al-Qaradawi berasa hairan mengapa pemerintah melengah-lengahkan kes qazaf tersebut.

Zulkifli berkata KEADILAN akan menghantar satu delegasi untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk membincangkan kemelut Qazaf ini.

“Dia juga nasihatkan bawa isu ini ke pringkat pentas antarabangsa, isu ini besar kerana membabitkan orang yang dikenali, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali di pentas antarabangsa sebagai tokoh pejuang Islam, macamana boleh dikenakan pertuduhan sebegitu rupa, sepatutnya tak dilengah-lengahkan,” katanya


Dengar-Dengan Mesyuaratnya Semalam

Problem Dunia ada terbaca satu artikel (harakahdaily) kata Jawatankuasa Disiplin PAS bermesyuarat tentukan nasib Hasan Ali semalam. Tapi sampai la nie habuk cerita pun tarak. Ni macam mana nak bagi wala' pada pimpinan. Sekurangnya mai la habak sikit.. Tapi tu dengar-dengar jelar...


PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat yang akan bermesyuarat malam ini bakal menentukan nasib Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.
Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, beliau berharap isu berhubung siasatan berkenaan tidak diperbesarkan bagi menjaga maruah dan kepentingan parti.
"Insya-Allah kami akan bermesyuarat malam ini bagi meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dalam siasatan ini.
"Kami akan sama-sama mengkaji semua butiran yang ada dengan teliti bagi memastikan keadilan diberikan kepada semua pihak," katanya ketika ditemui mStar Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor.
Menurut beliau jawatankuasanya akan mengadakan mesyuarat pada pukul 9 malam ini di Ibu Pejabat PAS Pusat.
Jawatankuasa disiplin berkenaan dianggotai lima orang ahli.
Selain itu Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dengan telus bagi memastikan keadilan untuk semua pihak.
Malah jelasnya, siasatan yang adil juga akan mencerminkan imej dan maruah parti.
"Saya harap semua pihak bersabar, jangan buat sebarang andaian kerana kami berjanji akan menjalankan siasatan dengan adil dan telus.
"Kita harus ingat, apa jua tindakan dan keputusan badan disiplin ini akan mencerminkan maruah parti," katanya.
Menurutnya jika Hassan dan beberapa pemimpin lain yang disiasat itu didapati bersalah, mereka masih mempunyai peluang untuk memberikan penjelasan dan membela diri.
"Terpulang kepada hasil siasatan nanti, setakat ini hanya diperingkat pertuduhan, kalau benar-benar ada kes nanti baru kita akan panggil Datuk Hassan dan yang lain-lain itu untuk memberikan keterangan," katanya.

Wednesday, December 23, 2009

Skim 1Malaysia: Rakyat Didahulukan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal memperkenalkan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia bermula 3 Januari 2010.

Skim itu bagi mengatasi kekurangan simpanan semasa bersara bagi golongan yang bekerja sendiri seperti petani, nelayan, pemandu teksi, penjaja dan pemilik perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kekurangan simpanan persaraan yang menjadi kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia terutama golongan bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap bulanan.

Menurutnya, Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menawarkan fleksibiliti kepada golongan itu dalam menentukan berapa jumlah yang mampu disimpan untuk simpanan persaraan.

“Ahli boleh memilih untuk mencarum jumlah minimum sebanyak RM50 sehingga RM5,000 sebulan. Ini bergantung kepada tahap kemampuan mereka.

“Bagaimanapun, mereka digalakkan mencarum sejumlah wang secara berterusan tidak kira berapa jumlahnya ke dalam skim persaraan ini kerana disiplin amat perlu apabila menyimpan untuk persaraan,” katanya, semalam.

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia pada pembentangan Bajet 2010 pada Oktober lalu berlandaskan tanggungjawab sosial.

Ini mengambil berat kebajikan semua peringkat rakyat yang bekerja sendiri iaitu kategori individu tidak mempunyai skim simpanan persaraan secara formal.

Katanya, jumlah caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia bergantung kepada tahap kemampuan pencarum.

“Caruman adalah secara sukarela dan pencarum juga tidak perlu membayar caruman setiap bulan,” kata Azlan.

Ahli akan menerima dividen tahunan mengikut kadar yang diumumkan KWSP, tambahan kepada sumbangan kerajaan lima peratus dan tertakluk jumlah maksimum RM60 setahun, selama lima tahun bermula dari 2010 hingga 2014.

Mahathir Mana Pernah Salah!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahahtir Mohamed mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP, Lim Kita Siang agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan beliau melenyapkan wang sebanyak RM100 bilion dalam projek- projek mega dan rasuah selama 22 tahun pemerintahannya.

“Saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan suruhanjaya tersebut,” katanya.

Beliau berkata, suruhanjaya tersebut tidak harus membataskan siasatan kepada beliau seorang, malah juga kepada Tun Abdullah Badawi.

“Pembatalan projek Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor – Singapura dan projek landasan kereta api Johor Bahru ke Padang Besar melibatkan jumlah wang yang banyak termasuklah pembinaan projek hydroelektrik di Bakun serta Jambatan Pulau Pinang.

“Ia harus meliputi bagaimana wang pembayaran Petronas sebanyak RM270 bilion dibelanjakan dalam tempoh lima tahun Abdullah pemerintahannya,” katanya di blognya, semalam.

Kelmarin, Kit Siang menggesa kerajaan menubuhkan siasatan diraja bagi menyiasat Mahathir yang dikatakan punca pembaziran di atas tindakannya semasa menjadi Perdana Menteri seperti didedahkan dalam buku ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ yang ditulis oleh bekas pengarang urusan Wall Street Journal Barry Wain.

Tindakan Berani dan Terpuji!!

Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdull Kadir semalam melepaskan semua jawatan beliau di dalam parti demi kepentingan parti itu selepas sehari akhbar menyiarkan laporan perintah mahkamah terhadapnya supaya bermufarakah (tidak tinggal bersama sementara) dengan isterinya, Ilyani Mohd Nor, 30 kerana dokumen perkahwinan mereka diragui.

Katanya, peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta demi menjaga nama baik, integriti dan persepsi masyarakat terhadap Pas.

“Walaupun saya yakin saya berada di pihak yang benar namun demi menjaga nama baik, integriti dan persepsi masyarakat ke atas Pas.

“Saya juga telah meletakkan jawatan di dalam keraja:an sebagai Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa di atas kesedaran yang sama sebelum ini.

:“Saya meminta pihak media supaya tidak mensensasikan berita ini dengan mengaitkannya dengan jawatan saya di dalam Pas,” katanya pada satu sidang media di sini, semalam.

:Rosli Allani berkata, beliau telah memberitahu Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, berhubung hasratnya itu surat peletakan jawatannya akan dihantar kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan dalam masa terdekat.

“Saya masih lagi kekal dan setia sebagai ahli Pas. Berhubung masa depan di dalam politik, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pertimbangan pucuk pimpinan dan ahli untuk menentukannya kelak. Saya juga memohon maaf jika masalah peribadi saya ini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej dan mendatangkan masalah kepada Pas,” katanya.

Mengenai perancangan masa depan, Rosli Allani belum memutuskan sama ada meneruskan kerjayanya sebagai doktor perubatan atau menceburi bidang lain.

Auditor Gelabah: Laporan Audit Dipertikai

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menggesa kerajaan terutama Kementerian Pertahanan memberi penjelasan mengapa kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 dan 2008.

Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya terlepas pandang perkara berkenaan, memandang kehilangan aset TUDM bernilai kira-kira RM100 juta itu berlaku pada 2007 dan ia sepatutnya dimasukkan dalam laporan berkenaan.

Azan berkata, siasatan terhadap kehilangan enjin pesawat pemintas itu bergantung ada laporan dan asas terbaik kepada siasatan adalah Laporan Ketua Audit Negara.

“Agak mengecewakan apabila laporan yang dikeluarkan untuk tahun 2007 dan 2008 langsung tidak menyentuh berhubung perkara berkenaan dan tiada sebarang laporan audit bagi Kementerian Pertahanan untuk tahun 2008.

“Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku, sedangkan semua kementerian perlu membuat semakan aset setiap tahun dan tidak terkecuali Kementerian Pertahanan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya lebih telus, memandangkan isu ini perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif bukan sahaja di kalangan rakyat, malah melibatkan pelabur asing.

“Isu ini amat mengejutkan apabila aset TUDM yang selama ini melalui prosedur kawalan ketat boleh hilang dan pihak terbabit boleh terlepas pandang.

“Sekiranya ada laporan dibuat berhubung kehilangan itu, ia sepatutnya dilaporkan dan diaudit untuk tindakan lanjut seperti kes-kes pembaziran wang peruntukan kerajaan yang dilaporkan baru-baru ini,” katanya.

Thursday, December 17, 2009

Penantian 20 Tahun Diberi Ganjaran Emas

Penantian 1Malaysia berakhir dengan kegembiraan air mata Emas apabila Pasukan Bola Sepak Malaysia meraih kemenangan di Sukan Sea Laos sebentar tadi.

Kemenangan 1-0 Malaysia ke atas Vietnam melenyapkan kritikan jurulatihnya yang mengkritik keras pasukan Malaysia berdasarkan kekalahan Malaysia pada perlawanan kumpulan.

Gol kemenangan hasil jaringan sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84.

Terkantoi RM600,000, Rosmah Shopping Di Dubai

Bank Negara dilihat lepas tangan dalam mengambil tindakan terhadap individu yang tidak dikenali yang bertanggungjwab menghantar wang sejumlah RM 600, 000 kepada Rosmah Mansor melalui pengurup wang ketika isteri Perdana Menteri itu berada di Dubai.

Hal ini dijelaskan Ahli Parlimen PKR, Tian Chua ketika dihubungi Erapakatan.com. Menurut beliau, Bank Negara sudah mempunyai maklumat mengenai perkara ini. Namun, orang yang benar-benar bertanggungjawab langsung tidak diambil tindakan.

Bank Negara setakat ini hanya mengambil tindakan terhadap pengurup wang itu dan membiarkan pengirim wang tersebut lepas bebas. Bank Negara katanya telah mengambil tindakan terhadap 41 syarikat pengurup wang yang bertanggungjawab dan telah menarik kembali lesen perniagaan mereka.

“Kini kita sudah mendapat maklumat. Rosmah telah mengirim wang ke Dubai. Tujuan apa wang itu dihantar kita tidak pasti. Ini merupakan satu skandal yang besar kerana ia melibatkan isteri Perdana Menteri sendiri,” jelas Tian Chua.

Beliau dalam kenyataannya meminta tindakan tegas harus diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. Undang-undang katanya harus adil kepada semua pihak tidak kira samada dia orang kenamaan atau tidak.

Tian Chua sebelum ini sudah beberapa kali mencabar Bank Negara supaya mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang benar-benar bertanggungjawab ini. Namun, tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Bank Negara.

“Kita tak pasti samada Bank Negara tidak ambil tindakan kerana mereka ini orang kenamaan atau Bank Negara sendiri sebenarnya menghadapi tekanan dari mana-mana pihak,” jelas Tian Chua.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Terdahulu, Tian Chua mengadakan sidang media di Petaling Jaya bagi mendedahkan satu lagi skandal melibatkan isteri Perdana Menteri itu. Tian juga mendakwa bahawa terdapat dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.B eliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Wang itu didakwa untuk membeli hartanah. Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, meminta pengurup wang itu menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram yang berlaku.

Royalti Dan Wang Ihsan Adalah Berlainan

Royalti atau wang ihsan kata pemimpin Umno sama sahaja kerana bagi mereka tidak ada perbezaan di antara dua istilah tersebut.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno, Affandi Yusof misalnya menyebut royalti hanya istilah bahasa Inggeris dan wang ihsan bahasa Melayu.

Semua tanggapan itu tersasar jauh kerana royalti terkandung dalam Akta Petroleum 1974, sedangkan wang ihsan tidak ada dalam akta tersebut.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, royalti terikat dengan Akta 144 dan mesti dibayar kepada negeri terbabit dua kali setahun iaitu Mac dan Ogos.

“Pembayaran dibuat Petronas pula dalam bentuk tunai dan perlu dimasukkan ke dalam akaun milik kerajaan negeri.“Sedangkan wang insan tidak terkandung dalam akta tersebut dan ia boleh dibayar kepada sesiapa sahaja. Misalnya kalau kes di Terengganu sebelum ini pernah wang ihsan diberi kepada Ketengah.“Di Kelantan pula kemungkinan akan dibayar kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan dan lebih istimewa lagi duit tersebut tidak perlu diaudit,” katanya pada ceramah isu semasa anjuran Dewan Pemuda PAS Tumpat di Kampung Berangan di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan Ketua Dewan Pemuda PAS Tumpat, Rosli Abdullah.

Tuntutan kerajaan Kelantan ke atas royalti mulai digegerkan Julai lalu setelah menyedari ada laporan mengenai pengeluaran minyak dan gas di perairannya berdasar laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Perangkaan yang dibuat jabatan berkenaan menyebut Kelantan, Terengganu dan Sabah mengeluarkan petroleum pada 2004 bernilai RM47 bilion.

Biar pun ada menteri dari Kelantan cuba menafikan kewujudan telaga minyak di perairan Kelantan, namun akhirnya Perdana Menteri sendiri mengakui perairan negeri terbabit mempunyai sumber minyak dan gas.

Pada persidangan parlimen pada 4 November lalu, Datuk Seri Najib Razak memberitahu kerajaan pusat akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan.

Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Akta 144 ditulis bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bagi membantu Tengku Razaleigh Hamzah yang bertanggungjawab mengasaskan kewujudan Petronas ketika itu.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional sekarang menerima tekanan hebat berkaitan isu royalti minyak apabila semua anggota parlimen Pakatan Rakyat sepakat memperjuangkannya.

“Setiap kali ada ruang kita bercakap isu royalti di Dewan Rakyat kita perjuangkan sehingga terpaksa dijawab Perdana Menteri sendiri.“Oleh itu rakyat Kelantan tanpa mengira ideologi politik perlu memperjuangkan tuntutan royalti minyak bagi membolehkan ia dinikmati rakyat secara saksama,” katanya.

Menurutnya juga beliau pernah mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk berdebat isu royalti pada bila-bila masa sahaja.

Mohd Zaki berkata, sekiranya wang ihsan disalur melalui JPP rakyat Kelantan tidak dapat menikmati manfaat sepenuhnya.“Ini kerana kita tahun sejak diwujudkan JPP lebih 19 tahun di sini peranannya tidak banyak membantu kerajaan negeri. Orang kampung hendak dapatkan peruntukan membaiki madrasah pun susah.“Sebab itulah kita tetap menuntut seperti mana yang terkandung dalam perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975,” katanya.

Timbalan Menteri Besar berkata, sekiranya royalti petroleum diperolehi banyak masalah rakyat dapat diselesaikan termasuk menyediakan prasarana lebih sempurna di sekolah-sekolah agama. Katanya juga setiap tahun kerajaan negeri terpaksa menyediakan peruntukan besar kepada sektor pendidikan sehingga mencecah RM70 juta.

Salahuddin juga berkata, anggota parlimen Pakatan Rakyat akan memastikan Biro Tata Negara (BTN) tidak lagi diteruskan kerajaan memandangkan ia tidak membantu mencapai matlamat mewujudkan integrasi nasional.“Apa yang diajar ketika latihan di BTN ialah membenci kaum bukan Melayu dan melemparkan tomahan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurutnya, biar pun kerajaan telah menggunakan duit rakyat begitu besar, namun perpaduan kaum tidak juga tercapai.Kata beliau tahun hadapan sebanyak RM60 juta disediakan kerajaan kepada BTN bagi mengendalikan kursus tata negara kepada pegawai kerajaan dan pelajar.

Wednesday, December 16, 2009

Kronisme Merebak Masuk Universiti Malaya

Naib Canselor Universiti Malaya Prof. Datuk Dr. Gauth Jasmon pagi tadi didakwa mengamalkan kronisme dalam pengambilan staff universiti itu.

Menurut Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria, perlantikan Dr. David Ngo Check Leng dan Dr. David Asirvatham tidak melalui temuduga rasmi Universiti."Dr. Gauth perlu jelaskan asas-asas perlantikan dua staff terbabit...suatu perlantikan pelik," jelasnya. "Perlantikan itu ganjil (kerana) tiada temuduga, seolah-olah (seperti) tender tertutup."

Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat turut melahirkan rasa ragu terhadap Dr. Gauth kerana kedua-dua staff terbabit merupakan rakan sekerja Naib Canselor itu di Universiti Multi Media (MMU) dahulu.

"Adakah kedua-dua (staff) ini adalah rakan sekerja lama Dr. Gauth di MMU dulu, maka mereka boleh dilantik sewenang-wenangnya di UM," soalnya.

Dalam kenyataan bertulis, Nasir turut memertikai kelayakan minima David Ngo Chek Leng dianugerahkan Profesor serta dilantik sebagai Dekan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM).

"Beliau tidak memenuhi syarat minima (seperti) mendapat kredit bahasa Melayu dalam SPM, tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu yang diperlukan oleh seorang penjawat awam," jelasnya.

Beliau turut memperikai Dr. David Asirvatham yang menjawat jawatan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dengan tawaran gaji begitu misteri, RM18,000 sebulan.

Dakwanya lagi, disiplin pengajian Dr. David Asirvatham dalam bidang e-Learning, sedang disiplin pengajian yang menjadi syarat kelayakan minima bagi Pengarah PTM adalah dalam bidang Sains Komputer.

Nasir turut mendesak Dr. Gauth dan dua staff terbabit digantung dari jawatan mereka masing-masin sebagaimana amalan biasa perjawatan awam demi memudahkan siasatan oleh pihak berwajib.

Beliau juga bercadang untuk memanjangkan dakwaan tersebut kepada Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Seri Khaled Noor dalam masa terdekat.Turut menyertai Nasir, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Hussein dan dua exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM).

Bezakan Politik Parti Dan Kerajaan

ADUN Slim Datuk Khusairi Abdul Talib hari ini mendakwa Jabatan Agama Islam Perak telah menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong PAS.

"Perbuatan ini adalah tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata antara masjid dalam mukim Slim yang dikesan terlibat adalah Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun, Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Kampung Rasau, manakala dalam mukim Hulu Bernam pula, ia melibatkan Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen.

Khusairi berkata beliau turut menerima laporan bahawa pertukaran nama itu turut melibatkan beberapa masjid dalam kawasan-kawasan parlimen Bagan Serai, Sungai Siput dan Kuala Kangsar.

Pengarah JAIP Datuk Mohamad Nor Mansor ketika dihubungi Bernama berkata beliau telah diminta oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu."Tidak boleh komen, MAIAMP meminta saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga ada bukti."Isnin ini baru ada keputusan dan akan dimaklumkan," katanya. BERNAMA

Kos Pembinaan Rumah Untuk Bekas Perdana Menteri Di Pertikai

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa projek pembinaan rumah Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bernilai hampir RM12 juta sebagai satu penyelewengan kewangan negara.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mendakwa, projek itu merupakan satu projek yang disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana ianya tidak terdapat dan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan bajet 2010.

"Saya anggap projek ini sebagai sulit kerana ianya tidak terdapat dalam semakan Rancangan Malaysia ke-9, dalam bajet 2010 pun tidak ada peruntukan untuk projek itu," kata Mahfuz ketika ditemui di lobi parlimen pagi tadi.

Beliau turut mempersoal berhubung undang-undang atau peruntukan yang didakwa tidak pernah ada itu."Memang ada satu peruntukankah yang membolehkan kerajaan menghadiahkan sebuah rumah kepada seseorang Perdana Menteri selepas beliau bersara? Setakat yang saya tahu tidak ada peruntukan itu" katanya.

Turut dipersoal motif kerajaan memberikan peruntukan tersebut kepada bekas perdana menteri itu."Apakah tujuan Kerajaan beri sebuah rumah kepada bekas Perdana Menteri yang sudah pun mempunyai rumah."Kalau rumah itu diberikan atas sebab beliau telah banyak berjasa kepada negara, saya percaya ramai lagi orang yang berjasa kepada negara," tegasnya.

Mahfuz turut mempersoal kaedah projek berkenaan dibuat iaitu secara runding terus, dalam nilai yang tinggi."Kenapa projek itu dibuat secara runding terus dengan harga hampir RM12 juta. Ianya diberikan kepada TRC corporation iaitu kontraktor yang membuat pengkalan kapal selam di Sabah yang bernilaiRM400 juta lebih," ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada sesuatu yang disembunyikan kerajaan."Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan kewangan negara kita sekarang ini. Kewangan disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.

"Kerajaan tidak harus sembunyikan perkara ini daripada pengetahuan rakyat dan wakil-wakil rakyat kerana ianya melibatkan cukai yang dibayar rakyat," tegasnya.

Sewaktu perbahasan belanjawan 2010 di Dewan Rakyat petang semalam, Mahfuz mengutarakan perkara tersebut dan meminta Menteri Kewangan memberikan penjelasan. Bagaimanapun, Timbalan Menteri, Datuk Chor Chee Heung (BN-Alor Setar) berkata, Kementerian tidak mengetahui mengenai kewujudan projek tersebut dan akan memberikan jawapan bertulis.

Rumah berkenan dakwa Mahfuz terletak di Lot 65 seksyen 60, Persiaran Mahameru, dekat sini.Projek berkenaan sedang daam pembinaan dan telah siap 20 hingga ke 30 peratus.

Tuesday, December 15, 2009

Tokoh Ulama Dunia Pulau Persidangan Perpaduan Ummah Anjuran Malaysia

Dua ulama terkemuka memulaukan Persidangan Perpaduan Ummah Antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini kerana enggan terperangkap dalam komplot mencanang Presiden Umno Najib Abdul Razak sebagai pemimpin Dunia Islam.

Shaykh Dr Tawfik Ramadan Al-Bouti dari Universiti Damsyik dan Habib al-Jifri dari Yayasan Tabah Emiriah Arab Bersatu menolak perlawaan ke persidangan anjuran Yayasan Ramadan itu.

Keputusan diambil setelah melihat senarai jemputan ke persidangan itu mengambil-kira faktor kepartian.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dijemput meskipun mereka disenaraikan antara 500 pemimpin Islam paling berpengaruh abad ini.

“Apabila persidangan itu berlangsung di Malaysia tanpa mengundang Anwar dan Nik aziz jelas melambangkan persidangan itu tidak lengkap dalam membicarakan tajuk yang ingin dibincangkan,"katanya Mustafa.

Ketiadaan Habib dan Shaykh Dr Tawfik menjejaskan kredibiliti persidangan ini.Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat Mustafa Kamil Ayub berkata sikap kerajaan ini menunjukkan pemerintah tidak bersedia membincangkan isu perpaduan ummah.

“Dalam konteks dunia Islam lain sama ada dalam persoalan umat di palastin hamas atau di Afghanista serta beberapa negara islam lain komitmen serta peranan beliau amat dirasakan dalam pebagai prosok negara Islam lain,”katanya.
Persidangan tersebut disokong kerajaan Malaysia dan dilihat sebagai usaha terdesak membina kredibiliti Najib yang terpalit dengan isu pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu dan rasuah kontrak ketenteraan.
Turut berucap pada persidangan itu ialah Timbalan Najib, Muhyiddin Yassin dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

Rosmah: Jangan Sampai Aku Bomoh Semua

Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak-pihak yang bersikap memusuhi beliau.

Rosmah berkata, sebagai isteri perdana benteri, beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna dan baik, begitu juga masa depan.

"Saya tidak punya masa untuk melayan mereka," katanya kepada media Malaysia di sidang akhbar di Singapura hari ini apabila ditanya tentang perasaannya terhadap banyak tuduhan negatif yang tersebar dalam negara yang mengaitkan diri beliau.

Rosmah berkata beliau, malahan suaminya juga, tidak terjejas tumpuan atau terlalu mengambil kisah dakwaan itu oleh kerana mereka fokus dalam kerja.

Rosmah berkata apabila beliau bertemu dengan isteri-isteri pembesar asing, mereka memberitahunya mereka juga menjadi sasaran parti politik pembangkang.

“Jadi, isu ini adalah budaya universal, datang dari orang-orang yang tidak senang dengan kerajaan," kata Rosmah, dan menambah tuduhan itu lebih hebat apabila pilihan raya semakin hampir.

Nik Aziz Sudi Dilantik Mursidul Am Pakatan Rakyat

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia dilantik sebagai 'pemimpin rohani' Pakatan Rakyat setelah gabungan parti pembangkang itu berjaya didaftarkan.

"Sekarang ini saya dilantik (sebagai) mursyidul am (PAS) oleh jawatankuasa agung (parti). Apa salahnya jika (dilantik) mursyidul am bagi Pakatan Rakyat, tidak ada apa (masalah)," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"Hendak dengar (pandangan saya) terima kasih. Tidak (mahu) dengar, (kalau) kata tidak terima (cadangan saya), saya tanya balik, tidak terima kenapa?"

Nik Aziz diminta mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim, seorang anggota biro politik PKR yang ditugaskan untuk mengukuhkan Pakatan, yang mengesyorkan Nik Aziz dilantik sebagai "pemimpin rohani" Pakatan.

Menulis di blognya pada 17 November lalu, bekas menteri itu berkata, syor itu ditimbulkan kerana Pakatan memerlukan seorang seperti tokoh kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, yang tidak bercita-cita merebut jawatan perdana menteru, tetapi bergerak atas idealisme perjuangan.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz berkata, sekiranya dilantik memegang jawatan itu, beliau akan bersikap terbuka walaupun cadangan-cadangannya mungkin ditolak.

"Jangan pula orang tolak (cadangan), kita marah. Itu tidak Islamik. Saya acapkali kata, kalau awak tolak Islam dan kalau awak boleh bawa hujah yang kukuh, saya pun tidak mahu Islam. "Tetapi awak tolak Islam tanpa ada hujah, hanya begitu-begitu sahaja, mana boleh saya terima?" katanya, Khamis lalu.

Ditanya sama ada jawatan tersebut akan menambahkan bebannya yang sedia ada, Nik Aziz berkata, tidak mengapa selagi "menambahkan pengikutnya"."Saya lebih suka pimpin orang Cina yang berfikiran terbuka daripada pimpin orang Melayu yang tertutup fikiran," tambahnya.

Sunday, December 13, 2009

Sultan Selangor Bimbang Situasi Semasa Di Negeri Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa bimbang terhadap situasi semasa di negeri ini yang didapatinya meletakkan agenda politik mengatasi agenda pembangunan negeri.

Baginda bertitah perkara-perkara kecil di negeri Selangor kadangkala dihebah dan diperbesarkan sehingga melampaui batasan dan menyebabkan rakyat di negeri itu menjadi keliru.

Justeru, baginda mengingatkan semua pimpinan tertinggi negeri Selangor agar jangan banyak bercakap sahaja malah melaksanakan perkara-perkara yang berfaedah kepada rakyat di negeri itu.

"Beta percaya rakyat pada masa sekarang ini lebih selesa berbincang dan bercakap mengenai pembangunan dan kesejahteraan daripada bertelagah mengenai soalsoal politik.

"Oleh yang demikian, beta mengingatkan bahawa kerajaan Selangor pada masa kini adalah bertanggungjawab membina dan membuat landasan bagi keharmonian dan kesejahteraan rakyat pada masa akan datang," titah Sultan Sharafuddin pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-64 di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Sultan Selangor turut menyeru Menteri Besar Selangor dan barisan exconya agar melaksanakan tugas-tugas mentadbir dan membangunkan negeri dengan penuh dedikasi serta sentiasa mempercayai dan bekerjasama bersama penjawat-penjawat awam lain yang berkhidmat di negeri itu.

"Masa untuk mencari kesalahan dan kelemahan telah berlalu dan telah tiba pula masanya untuk kerajaan sekarang melaksanakan segala perancangan dan janji-janji yang dibuat ketika berkempen (pada pilihan raya umum lepas) dan mengatasi semua masalah yang dihadapi rakyat demi kemajuan dan kemakmuran negeri ini," titah baginda.

Sultan Sharafuddin juga berharap perbezaan fahaman politik tidak akan menjadi satu alasan kepada rakyat di Selangor untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan hidup bersatu padu demi kemajuan dan kesejahteraan bersama.

"Beta ingin menasihatkan rakyat negeri Selangor ini, jika ada perkara yang (mereka) tidak berpuas hati, hendaklah disalurkan pendapat atau rintihan mengikut saluran-saluran yang disediakan, mengikut undang-undang bagi dibincang dan diselesaikan ke tahap yang memuaskan hati," titah baginda.

Titah baginda, rakyat di negeri Selangor juga harus bebas bergerak dan tidak merasa takut atau khuatir terhadap keselamatan diri, harta benda dan keluarga.

Justeru, baginda menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar terus menjalankan tugas-tugas mereka dengan penuh azam dan komitmen bagi menghapuskan jenayah di Selangor.

Sultan Sharafuddin turut menasihatkan waris-waris dan kerabat Diraja Selangor supaya sentiasa menjaga nama baik dan tidak melakukan sesuatu yang akan menjejaskan imej serta kedudukan mereka sebagai kaum kerabat diraja.

"Reputasi dan nama baik hendaklah sentiasa dipelihara daripada perkara-perkara negatif kerana nama yang baik adalah satu aset yang berharga kepada individu dan juga institusi Istana Selangor," titah baginda. -BERNAMA

Mahathir: Jangan Pertikai Majoroti Bumiputera Di IPTA

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, peluang memasuki universiti awam yang diberikan kepada lebih ramai kaum Bumiputera berbanding kaum lain di negara ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, adalah tidak adil untuk melabelkan kerajaan mengamalkan sifat perkauman dan meminggirkan kaum-kaum lain.

"Peluang kepada lebih ramai Bumiputera berbanding kaum lain adalah bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan yang akan hanya memberikan pelbagai kesan negatif.

"Jumlah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kini hampir sama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kemasukan pelajar Bumiputera amat kecil iaitu hanya di sekitar 10 peratus sahaja dan selebihnya kaum-kaum lain," katanya dalam ucaptama bertajuk 'UUM 25 Years Expectation vs Reality' di Konvensyen Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) 2009 di sini pada Sabtu.

Dr Mahahtir berkata, perkara itu berlaku kerana tidak ramai kaum Bumiputera mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS disebabkan masalah kewangan yang terhad.

"Kalau kita buat banci jumlah (keseluruhan) pelajar di universiti kerajaan dan swasta... pelajar bukan Bumiputera lebih banyak dari Bumiputera. Itulah sebabnya kita beri tumpuan dan lebih banyak tempat kepada Bumiputera.

"Oleh itu, kita tidak harus berasa bersalah (semata-mata) kerana kita adakan tempat untuk Bumiputera. Kita ada hak untuk dapat kedudukan seimbang di negara ini. Kita nak hak secara berpatutan," katanya.

Konvensyen selama sehari itu diadakan sempena ulang tahun Jubli Perak UUM dihadiri oleh bekas-bekas penuntut universiti berkenaan. Turut hadir pada majlis berkenaan, Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Dr Mahathir yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata, usaha mengangkat kedudukan kaum Bumiputera dalam arus perdana pembangunan negara bukanlah sesuatu yang keterlaluan.

Ini kerana walaupun penduduk Bumiputera hampir 60 peratus daripada jumlah penduduk tetapi kuota yang ditetapkan hanya 30 peratus sahaja.

"Ini bukan perkauman... kita hanya tuntut separuh daripada apa yang sepatutnya kita tuntut. Ini tunjukkan kita bukan perkauman. Kalau perkauman kita (sudah) tuntut 60 peratus. Malahan nak capai 30 peratus pun tidak mudah," ujarnya.

Beliau menegaskan, jika wujud ketidakseimbangan dari segi pengagihan ekonomi, mereka yang ketinggalan akan merasa benci dan iri hati dan mungkin akan bertindak liar dan perkara inilah yang mahu dielakkan kerajaan.

Katanya, tumpuan dan peluang lebih yang diberikan kepada kaum Bumiputera tidak bermakna kaum-kaum lain diketepikan.

Dr Mahathir juga berkata, adalah penting bagi kaum Bumiputera untuk memiliki pengetahuan dalam bidang pengurusan perniagaan kerana ramai daripada mereka tidak tahu menggunakan wang sebagai modal atau melabur sebaliknya hanya untuk membeli-belah.

"Kita perlu tukar pemikiran Bumiputera. Wang itu apabila dilabur memberi pulangan dan dengan itu meningkatkan kekayaan mereka.

"Biasanya mereka bila dapat wang berbelanja... kadang-kadang lebih belanja daripada wang yang ada dan ini wujudkan masalah," katanya.

Mengenai UUM, Dr Mahathir berkata hasrat penubuhan UUM sudah tercapai dan menampakkan kejayaan terutama melahirkan graduan Bumiputera dan juga kaum lain dalam bidang pengurusan tetapi usaha itu belum mencukupi.

"Masa depan UUM masih bergantung kepada percubaan untuk meningkatkan keupayaan terutama Bumiputera dalam bidang perniagaan," katanya.

Menurutnya, pelajar-pelajar dalam bidang pengurusan, kewangan dan perakaunan perlu diajar memiliki pemikiran yang betul, ketahanan kuat serta memahami selok-belok untuk menyelesaikan masalah agar dapat mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang lain.

Dr Mahathir turut berharap akan wujud 'bandar universti' di UUM, sama seperti di Universiti Cambridge dan Oxford yang terkenal dengan keunikan kawasan sekitarnya yang menjadi daya penarik kepada pelancong dalam dan luar negara.

Rakyat Lebih Mengharapkan Isu Perak Diselesaikan Secara Adil

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berharap semua pihak yang terbabit dalam krisis perlembagaan di negeri itu melihat untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi negeri daripada berterusan menimbul isu yang sama berulang kali.
Katanya ekonomi negeri perlu distruktur dan dikembalikan semula statusnya yang gemilang satu ketika dahulu daripada berterusan berbahas mengenai isu."Ramai rakyat Perak merasa ahli politik tidak perlu lagi membangkitkan isu dan kita mesti melihat dengan bersungguh-sungguh untuk membetulkan perkara yang lepas sekiranya kita mahu membetulkan tanggapan," katanya kepada pelajar Malaysia di United Kingdon semasa perjumpaan di King College London di London hari ini.
"Akhirnya rakyat akan mengadili kita (ahli politik) berdasarkan siapa kita dan apa visi kita. Ia mengenai menjaga rakyat agar rakyat boleh tinggal secara aman. Kita perlu meneruskan pembangunan ekonomi, tidak boleh terlalu banyak politik," katanya.
Kebanyakan soalan yang dikemukakan pelajar kepada Zambry dalam pertemuan itu ialah berkaitan krisis perlembagaan Perak di mana pelajar ingin tahu perkara sebenar yang berlaku pada Februari lalu apabila Barisan Nasional kembali berkuasa dengan majoriti mudah.
Pertukaran kuasa berlaku selepas dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari DAP mengisytiharkan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional, sementara seorang bekas Adun Umno yang menyertai PKR kemudian menyertai semula Umno.
Zambry berkata selepas peristiwa itu, rakyat mula melihat kepada apa yang beliau dan kerajaan negeri yang baru telah lakukan di Perak. - Bernama

Saturday, December 12, 2009

Pakatan Rakyat Perlu Rapatkan Saf Demi Perubahan Optimum

Gabungan parti yang sedang dibentuk oleh Pakatan Rakyat (PR) perlu berteras kepada gabungan persepakatan bukannya sistem satu parti yang di kontrol oleh satu kepala.

Ini bertujuan memberi satu pengurusan yang baik dan lebih terurus di mana setiap kumpulan gabungan ini menpunyai sasarannya tersendiri.

Boleh dilihat gelombang pilihanraya umum 2008 yang mana rakyat mahu melihat satu bentuk gabungan persepakatan yang tidak menghilangkan identiti parti masing-masing.

Orang muda moodnya sentiasa berubah. Macam aku juga. Tidak mahu terikat dengan idealogi politik usang.

Orang muda mahu melihat seorang tokoh yang berkaliber dan mudah didekati menjadi pemimpin. Jadi PR perlu membawa mood orang muda ini supaya tidak tersemput ditengah jalan. Lainlah orang lama.. ehem..ehem..lamanya... Khasiat tongkat ali ka.. keh..keh..keh

Gabungan persepakatan ini perlu memberi impak untuk melemaskan grombolan umnobn. Kini mereka mungkin tengah terketaq bilamana melihat betapa utuhnya persepakatan tiga parti PR ini.

Apa tidaknya, kini semua sudah tahu kedua-dua tiang yang memegang kiri dan kanan Barisan Nasional sudah goyang. MCA masih dalam kekalutan. Si sembab berjanji pada Najib akan selesaikan dalam masa seminggu. namun beliau gagal dan masalah MCA tidak juga selesai.

MIC pun sudah tidak mendapat sokongan kaum india lagi. Tambahan pula isu penghinaan perkauman terbaru dari utusan yang mengguris jiwa kaum india.

Dahulu grombolan umnobn begitu selesa dan boleh bermegah-megah. Tiada satu pun parti yang boleh menyaingi umnobn kata Najib. Pehh.. kalau tidak ada parti yang boleh tumbangkan umnobn, mengapa Najib begitu gelisah sehingga mengketis telinga menteri-menteri kabinet untuk mengucar-kacirkan negeri pemerintahan PR. Dok diam-diam sudah lah.

Mengapa grombolan umnobn ini sentiasa menyerang pimpinan PR? Jawabnya..... mereka grombolan umnobn takut dengan gabungan persepakatan tiga parti ini mampu membawa PR menawan Putrajaya suatu hari nanti.

Mereka juga tahu dan rakyat pun dah tahu akan pembaziran dan ketirisan dalam urustabir kerajaan umnobn selama memerintah negara Malaysia.

Maka rakyat akan menolak grombolan ini ketepi bagi memberi laluan kepada perubahan.

Friday, December 11, 2009

Friendster Kini Milik Taikun Malaysia

Peneraju rangkaian sosial dalam talian, Friendster telah bersetuju dengan pembelian pengambilalihan oleh sebuah syarikat Malaysia iaitu MOL Global Pte Ltd yang akan menjadikan laman itu sebagai e-Perdagangan.

Friendster yang bermula pada tahun 2002 digunakan secara meluas dalam perkongsian video, gambar serta pesanan sebelum populariti laman tersebut menerima saingan sengit daripada Facebook.

Pengguna Friendster majoritinya berada di kawasan Asia.

Berdasarkan perjanjian baru, Friendster yang berasal dari California akan menjadi milik sepenuh MOL Global yang merupakan firma berkait dengan MOL AccessPortal Bhd. (MOL), iaitu sebuah firma pembayaran dalam talian milik taikun Tan Sri Vincent Tan.
Walau bagaimanapun, harga pembelian itu tidak didedahkan.

"Kombinasi entiti baru ini akan memberikan Friendster sokongan kewangan, rangkaian pengedaran serta infrastruktur e-Perdagangan yang akan menjadi pemangkin kepada strategi kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Friendster, Richard Kimber.

Dengan memiliki lebih 75 juta pengguna berdaftar, Friendster menyatakan 90 peratus aliran penggunaan harian adalah di kawasan Asia manakala MOL pula memiliki lebih 500,000 saluran fizikal dan maya di 75 buah negara untuk mengutip bayaran kandungan serta perkhidmatan.

Kenal Pasti Penyamun Pak Arab Ini

Polis kini memburu tiga lelaki dan seorang wanita dipercayai warga Arab yang memukau mangsanya sebelum melarikan barang kemas bernilai RM1 juta di sebuah kedai emas berhadapan Pasar Besar Kedai Payang di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner II, Hamzah Mohd. Jamil berkata, ketiga-tiga wajah lelaki berusia di antara 25 dan 35 tahun itu telah dikenal pasti melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam kedai tersebut.

Katanya, polis juga sedang mengenal pasti identiti seorang wanita berusia 30-an yang turut terbabit dalam kejadian itu.

"Sebaik sahaja dimaklumkan, pihak polis telah melancarkan 'Operasi Tutup' dengan mengadakan sekatan di jalan-jalan keluar di Kuala Terengganu. Bagaimanapun, kenderaan yang digunakan suspek gagal dikesan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Hamzah, siasatan polis juga menunjukkan kereta Proton Persona yang digunakan suspek untuk melarikan diri dalam kejadian itu adalah nombor pendaftaran palsu.

Jelasnya, siasatan akan dilakukan daripada semua aspek kerana senario kes ini agak unik dan modus operandi kes ini juga seakan-akan sama dengan satu kes lain yang dilaporkan berlaku di Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira- kira pukul 2 petang kelmarin, barangan kemas bernilai kira-kira RM900,000 dalam tiga buah beg yang ditinggalkan seorang pemborong dari Kuala Lumpur di kedai emas tersebut dilarikan suspek.

Mas Kahwin RM300: Tiada Lagi Istilah Wang Hantaran

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan bermula 1 Januari 2010, mas kahwin untuk wanita di negeri Selangor dinaikkan kepada RM300 setelah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara ini merupakan salah satu usaha menaikkan martabat wanita pada masa kini.

Nilai mas kahwin di Selangor pada masa ini ialah RM80 bagi perempuan yang belum berkahwin dan RM40 bagi yang berstatus janda.

“Mulai 1 Januari 2010, JAIS menetapkan kadar minimum mas kahwin sebanyak RM300 bagi wanita yang belum berkahwin mahupun janda dan tidak ada lagi istilah wang hantaran kerana ia sudah termasuk dalam perkiraan mas kahwin,” katanya selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Negeri Selangor di Bangunan Sultan Idris Shah di sini pada Khamis.

Beliau berkata kadar baru itu dikuatkuasakan setelah mengkaji beberapaperkembangan semasa termasuk menyeragamkan jumlah mas kahwin kepada wanita tanpamengira status mereka seperti sebelum ini.

Tambah Khusrin, perkara tersebut dilaksanakan bagi mengurangkan beban untuk mengadakan kenduri kahwin.

Sementara itu, JAIS turut memperkenalkan Kad Perakuan Nikah Pintar (NCRkad) bagi menyelesaikan masalah pemalsuan surat perakuan nikah.

Mengulas lanjut mengenai pelancaran NCRkad tersebut Khusrin berkata, kad tersebut dilengkapi dengan maklumat peribadi dan data pernikahan pasangan dan boleh digunakan di Terminal Mudah Alih (PDT).

Menurutnya, kad ini dapat membantu mempercepatkan proses pengesahan oleh JAIS berhubung maklumat perkahwinan pasangan suami isteri.

Katanya lagi, kini pasangan berkahwin hanya perlu membawa NCRkad ini kemana sahaja tanpa perlu menyertakan Surat Perakuan Nikah.

"Kad nikah pintar bertujuan mengantikan kad nikah yang telah pun di laksanakan sebelum ini bagi menukarkan kad yang lama kepada kad yang baru lebih mempunyai ciri keselamatan bagi mengelakkan daripada peniruan, pemalsuan dan sebagainya,” ujarnya.

Menurut Kushrin, cadangan ini juga telah dimaklumkan kepada jabatan agama Islam negeri-negeri seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk penyelarasan sistem baru ini.

Kad pintar ini turut dilengkapi dengan sistem sinar Ultraungu bagi mengelakkan kad ini dipalsukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. "Kita tidak ada menyediakan satu tempoh khas untuk mereka membuat pertukaran disebabkan ia bukan diwajibkan kepada setiap pasangan. Kita hanya galakkan supaya mereka membuat kad ini untuk kemudahan mereka sendiri," katanya.

Menurut beliau lagi, warga Selangor boleh mendapatkan NCRkad ini di pejabat JAIS Shah Alam dengan harga RM40 sepasang.

Setakat ini 300 pasangan berkahwin di negeri Selangor telah mendapatkan NCRkad ini.
function remoteLocation

Pusat Khidmat Dun N46 Pelabuhan Klang

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selengor tetap membuka sebuah Pejabat Khidmat Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang biarpun Dun itu kini diwakili Adun bebas Badrul Hisham Abdullah.

Bagaimanapun ianya akan dipertanggungjawabkan kepada setiausaha politik menteri besar, Nik Nazmi Bin Nik Ahmad yang ditugaskan sebagai Adun penyelaras bagi Dun tersebut dengan dibantu dua petugas lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, sekriteriat akhbar kerajaan negeri Selangor memberitahu ianya sebagai rasa prihatin dan tanggungjawab kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat ekoran tindakan Badrul yang mengumumkan bahawa beliau keluar PKR dan menjadi Adun bebas yang ‘mesra’ BN Oktober lalu.

"Kerajaan Negeri Selangor terus komited menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat dengan membuka Pejabat Khidmat Rakyat DUN N46 Pelabuhan Klang di 104-A, Solok Pendamar Indah 1, 42000 Pelabuhan Klang dan YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penyelaras bagi DUN Pelabuhan Klang," kenyataan itu dipetik.

Pejabat khidmat rakyat itu akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat setiap minggu dan dibuka bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang.Manakala hari bertemu pelanggan di pejabat tersebut akan diadakan setiap hari Jumaat selama dua jam iaitu dari pukul 9 hingga 11 malam.

Orang ramai boleh menghubungi Pejabat Khidmat Rakyat DUN N46 Pelabuhan Klang di talian 019-2276641, 012-6776736 (Encik Kamal Ariffin) dan 013-3711808 (Encik Abdul Hadi) untuk sebarang urusan berkaitan.

Badrul mengumumkan keluar PKR dan menjadi Adun bebas selepas beberapa desakan termasuk cadangan dari Menteri Besar yang juga Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri supaya beliau meletak jawatan.

Desakan dan cadangan itu dibuat selepas hampir setahun proses membetulkan keadaan dibuat namun gagal dan sikap Adun berkenaan tidak berubah.Kerajaan Selangor juga sebelum ini mendakwa sering menerima aduan dari penduduk penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.



Ketagihan Sumber Minyak: umNO Penagih Tegar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi melahirkan rasa bimbang dengan suasana ekonomi negara semasa, disebabkan rekod terbaru menunjukkan pendapatan Petronas berkurangan.

“Pendapatan Petronas berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 bilion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%,” jelasnya dalam suatu kenyataan media di Parlimen.

Beliau berpendapat angka kejatuhan tersebut turut memberi impak berantai pada ekonomi negara kerana 48.6 peratus diperoleh dari keuntungan Petronas.

Jelasnya lagi, Petronas turut menyumbang sebanyak 44.9 peratus pada pendapatan negara tahun lepas.

Beliau turut mengkritik sikap kerajaan yang terlalu bergantung kepada hasil minyak sebagai sumber pendapatan utama negara, demi mengaburi sokongan rakyat.

“Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.”

Beliau yang juga ketagihan wang Petronas menjadikan perbelanjaan sumber asli negara tersebut kian membengkak saban tahun.

“Penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun, ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya,” ujarnya.

“Misalnya pada tahun 2005, petronas menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan Negara. Namun pada tahun 2008, jumlah wang PETRONAS yang membentuk belanjawan Negara adalah sebanyak RM 74 billion-peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini.”

Dakwanya lagi, ketagihan tersebut disebabkan amalan boros, ketirisan dan rasuah dalam sektor pembinaan dan pengurusan kerajaan sendiri.

“Kalau projek pembinaan yang asalnya RM4 bilion boleh jadi RM4.5 bilion kerana boros, ketirisan dan rasuah, kerajaan tiada jalan lain kecuali menggunakan dana Petronas melebihi kadar yang sepatutnya.”

“Memburukkan apabila kerajaan pusat membentangkan belanjawan yang berjumlah RM 208billion untuk tahun 2009 dan kemudiannya (membentangkan) pakej ransangan berjumlah RM 60 billion, ketika unjuran pendapatan tahun 2009 berasaskan harga minyak mentah bulan September 2008.”

Beliau turut meminta Petronas bersikap lebih telus dan tidak melayan ketagihan beberapa pemimpin Umno BN yang dianggap boros, mengamalkan rasuah dan ketirisan dalam menguruskan perbendaharaan negara.

1 Juta Kos Pikat Memikat

Gara-gara putus tunang, seorang pengarah urusan sebuah syarikat komunikasi dan teknologi maklumat mengemukakan permohonan
di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi menuntut ganti rugi hampir RM1 juta daripada seorang wanita yang memutuskan pertunangan mereka pada April tahun lepas.

Mohamad Fahizul Khairi, 53, yang berasal dari Bandar Utama, Petaling Jaya, diwakili peguam Azmi Rais, sementara bekas tunangnya iaitu defendan Nor Daliya Mohd Daud, 34, seorang pegawai bank, diwakili peguam Mohamad Isa Abd Ralip.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Fahizul antara lain mendakwa mereka telah mengikat tali pertunangan pada 6 Dis 2007 setelah tempoh edah Nor Daliya yang telah bercerai dengan bekas suaminya berakhir.

Mohamad Fahizul mendakwa defendan telah memohon agar beliau membeli dan menyediakan sebuah rumah bagi tujuan tempat tinggal mereka selepas berumahtangga kelak dan defendan seterusnya meminta beliau agar menceraikan isterinya.

Plaintif mendakwa atas permintaan itu, beliau pada 3 April 2007 membiayai pembelian sebuah rumah jenis teres Link House dua setengah tingkat yang beralamat di Bandar Utama atas nama Nor Daliya bertujuan untuk dijadikan tempat tinggal plaintif, defendan dan juga dua anak defendan (anak dengan bekas suami).

Mohamad Fahizul mendakwa atas desakan Nor Daliya juga, beliau telah melafazkan cerai terhadap isterinya pada 7 April tahun lepas tetapi kemudian mereka telah merujuk semula dalam tempoh edah.

Seterusnya plaintif mendakwa, atas permintaan defendan beliau telah membayar dan memasukkan beberapa jumlah wang kepada defendan atas kepercayaan mereka akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dan bayaran-bayaran itu termasuk kos pengubahsuaian serta barangan rumah, kos agen hartanah, bayaran muka pembelian kereta baru jenis Honda Civic milik defendan dan bayaran lain ke dalam akaun milik defendan.

Mohamad Fahizul mendakwa mereka telah mengikat tali pertunangan pada 6 Dis 2007 di Pekan, Pahang dan sepanjang tempoh pertunangan bersama defendan, plaintif mendakwa telah berlaku perselisihan faham dan pergaduhan berpunca daripada sikap defendan yang didakwa curang terhadap plaintif serta melakukan perbuatan tidak bermoral dalam beberapa peristiwa.

Seterusnya pada 21 April tahun lepas, Mohamad Fahizul mendakwa Nor Daliya telah bersetuju untuk memutuskan pertunangan setelah perbincangan dilakukan di mana kedua-dua pihak bersetuju memulangkan segala pemberian yang berkaitan dengan pertunangan itu termasuklah rumah berkenaan tetapi sehingga kini defendan masih gagal berbuat demikian.

Mohamad Fahizul mendakwa ikatan pertunangan yang terputus dan tindakan defendan yang enggan memulangkan wang sumbangan beliau telah mendatangkan kerugian, kemudaratan serta keaiban kepadanya serta menyebabkan beliau mengalami masalah dengan ramai ahli keluarga beliau termasuk isterinya.

Justeru, plaintif menuntut defendan membayar ganti rugi kewangan akibat putus tunang sebanyak RM871,186.57, ganti rugi keaiban sebanyak RM100,000 selari dengan Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 selain meminta defendan melepaskan hasil jualan rumah itu kepada beliau, kos guaman dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Bagaimanapun pada 8 Julai lepas, Nor Daliya memfailkan bantahan awal terhadap permohonan Mohamad Fahizul dengan alasan antaranya, segala wang dan hadiah pemberian plaintif diberikan kepadanya sebelum mereka bertunang iaitu semasa proses "pikat-memikat".

Dalam prosiding hari ini, hakim syarie Mohammad Adib Husain memberi tempoh selewat-lewatnya 31 Dis ini untuk pihak plaintif mengemukakan hujahan balas berhubung bantahan awal itu dan menetapkan 1 Feb depan untuk membuat keputusan mengenai permohonan tersebut (bantahan awal). BERNAMA

Saturday, December 5, 2009

Timbalan Menteri Berhasrat Meletak Jawatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, timbalan menteri pelancongan, Datuk Sulaiman Abdul Rahman Taib ada menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan.
Katanya, beliau akan berbincang perkara itu dengan BN Sarawak terlebih dahulu."Nantilah dulu apa keputusannya," kata Najib dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara malam ini.

Ditanya mengenai sebabkan Sulaiman mahu meletak jawatan, Najib berkata, ianya adalah atas sebab-sebab peribadi.Sebelum ini, laporan Malaysian Insider yang memetik sumber-sumber berkata, anak ketua menteri Sarawak itu, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Najib atas sebab kesihatan.

Bagaimanapan terdapat spekulasi yang mendakwa, ianya ada kaitan dengan pelantikan bekas ketua pegawai eksekutif MAS, Datuk Idris Jala sebagai menteri penuh.Sebelum menyertai kerajaan, Sulaiman menerajui syarikat milik keluarganya, Cahaya Mata Sarawak Bhd (CMS).Beliau juga merupakan bekas pengerusi RHB Capital - cawangan pembankan RHB, yang pernah dimilik oleh CMS.

Dalam pilihanraya umum lalu, Sulaiman menggantikan bapanya sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk bertanding di kerusi parlimen Samarahan dan kemudiannya terus dilantik sebagai timbalan menteri oleh perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Program UmnoMengenai mesyuarat MT, Najib yang juga presiden Umno berkata, ia meluluskan program yang akan dijalankan oleh Umno tahun depan.Menurutnya, program-program yang berkonsep 'Umno sebagai juara rakyat'itu meliputi bidang pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawan dan ekonomi serta sosial. Program-program tersebut, katanya, akan mula dilaksanakan bulan depan secara berterusan serta akan turut membabitkan parti-parti komponen BN yang lain.

Najib juga memberitahu bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan pindaan perlembagaan Umno berkuatkuasa 10 November lalu. Pindaan tersebut yang diluluskan dalam mesyuarat agung Umno baru-baru ini, termasuk memperkenalkan sistem pendaftaran menggantikan sistem kuota pencalonan dan pemilihan bagi peringkat bahagian dan pucuk pimpinan tertinggi akan diadakan secara serentak.

Umno juga, kata perdana menteri, akan melaksanakan kaedah pemutihan ahli supaya senarai keahliannya adalah terkini.Di samping itu, katanya, ia juga penting untuk menentukan kesahihan ahli parti itu.

Ahmad Said: Letak Jawatan Atau Diletakkan Jawatan??

Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa 1 Januari depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pelantikan timbalan ketua pesuruhjaya itu berikutan permohonan bertulis Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya khidmatnya dipendekkan kepada akhir tahun ini. Tambahnya, Ahmad Said mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatannya yang sepatutnya tamat pada 25 Mei tahun depan dipendekkan kepada 31 Disember ini.

Susulan keputusan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya Abu Kassim dilantik sebagai penggantinya, katanya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh pelantikan Abu Kassim: Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009.

Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan sepanjang perkhidmatan beliau dengan kerajaan. Dalam tempoh menerajui SPRM sejak 14 Mei 2007, SPRM telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi dan menjadikan SPRM agensi pembanterasan rasuah yang profesional dan unggul. Dengan hasil usaha beliau, prestasi SPRM telah dapat dipertingkatkan.

Bagi mengisi jawatan yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] telah memperkenankan supaya Datuk Abu Kassim bin Mohamed, timbalan ketua pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010.

Datuk Abu Kassim bin Mohamed dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Disember 1960, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Sarjana Sains dalam bidang Criminal Justice dari Michigan State University, Amerika Syarikat.Beliau memulakan kerjayanya dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 September 1984 apabila dilantik sebagai pegawai siasatan, Cawangan Tatatertib, ibu pejabat BPR, Kuala Lumpur.

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pengarah perancangan dan koordinasi dasar, Ibu Pejabat BPR, pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai ketua pegawai integriti, Amanah Raya Berhad.

Beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007. Dengan berkuatkuasanya Akta 694 pada 1 Januari 2009, beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM.

Betul-Betul Puluhan Ribu Menyokong Tuan Guru Nik Aziz


Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya. Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.



Thursday, December 3, 2009

Sukan Sea: Satu Permulaan Yang Baik Bagi Pasukan Malaysia

KUALA LUMPUR - Malaysia membelasah Timor Leste 11-0 dalam perlawanan bola sepak Kumpulan A bagi memulakan kempen Sukan Sea Laos mereka dengan bergaya di Stadium Nasional di Vientiane, semalam.

Menurut laman web rasmi temasya itu, www.laoseagames.2009, penyerang Ahmad Fakri Saarani mengucar-ngacirkan kubu lawan dengan jaringan hat trick, manakala seorang lagi penyerang, Norshahrul Idlan Talaha menyumbangkan dua gol. Zaquan Adha Abdul Razak, Baddrol Baktiar, Amirulhadi Zainal, Amar Rohidan, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Razak masing-masing menyumbangkan satu gol bagi membolehkan Malaysia mencatatkan kejayaan paling besar dalam sejarah sukan berkenaan.

Malaysia akan menentang Vietnam dalam perlawanan kedua Ahad ini, Kemboja pada 8 Disember dan juara bertahan Thailand pada 11 Disember. Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional, kecuali perlawanan menentang Kemboja yang akan diadakan di Stadium Chao Anouvong. Kumpulan B terdiri daripada tuan rumah Laos, Myanmar, Singapura dan Indonesia.

umNO Tak Dapat Diselamatkan: Terlalu Kotor dan Busuk


SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terkejut apabila mendapat reaksi daripada seorang bekas pimpinan kanan UMNO mengatakan ‘parti itu busuk hingga ke ususnya’.
Memetik dari laman blognya, beliau yang sedang meneliti reaksi rakyat terhadap pimpinan baru UMNO menjelang pilihan raya umum ke-13 turut diberitahu bahawa bekas pemimpin kanan parti itu sedang memikirkan untuk menyokong Pas. Bekas Perdana Menteri berkata, ini adalah antara banyak hujah yang akan menyebabkan UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara ini.
“Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau (bekas pemimpin kanan UMNO) sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga. “Rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) semuanya berpecah dan lemah dan mereka tidak mampu menjayakan BN. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja,” katanya.
Beliau berkata, ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara sependapat dengan bekas pemimpin kanan parti itu dengan menyifatkan UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi. “Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan bahkan juga berpeluang untuk menjadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar,” katanya.
Menurutnya, bekas pemimpin kanan itu menjelaskan ketua cawangan tidak akan membenarkan sesiapa yang lebih terpelajar darinya masuk UMNO cawangan itu bagi mengelakkan dirinya dicabar. “Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. “Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun,” katanya.
Beliau berkata, atas sebab ‘busuknya pemimpin UMNO di semua peringkat’ menyebabkan tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO sebaliknya mereka menyertai Pas.