Penceramah dan pendakwah bebas saudara Bob Lokman mendakwa beliau telah
dihubungi oleh dua orang menteri dan menawarkan sesuatu kepada
beliau.Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman ,"Engkau
nak apa, Engkau nak berapa?".Bob Lokman diminta datang ke pejabat mereka
tapi tidak dilayan oleh beliau.Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut
dalam ceramah beliau malam tadi di Markaz Pas Cawangan Seksyen 18, Shah
Alam.Bob Lokman tidak mendedahkan siapa dua menteri terbabit.
Bob Lokman kini semakin berani dan bersemangat selepas beliau dihalang pihak berkuasa JAIS kerana berceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Selangor.Pihak Jais telah keluar waran tangkap terhadap Bob Lokman.Ketika mengulas kes tersebut Bob Lokman berkata masjid terbabit telah tiga kali panggil beliau untuk berceramah sebab itu beliau datang.Bob Lokman kata kes beliau hadir ke masjid tersebut untuk berceramah umpama menolong isteri jirannya minta tolong bawa kereta hantar beliau ke hospital untuk bersalin..Beliau kata tidak ada lesen memandu.Isteri jirannya kata bawa sajalah janji tidak accident.Sampai dipertengahan jalan tidak berlaku accident tapi ditahan polis kerana tidak ada lesen memandu dan dibawa ke balai polis.Kata Bob Lokman takkan tak ada sifat perikemanusiaan langsung pihak berkuasa kerana beliau menolong orang!
Ketika mengulas isu akta RUU yang diluluskan di parlimen Bob Lokman berkata rakyat jangan takut dengan ugutan pihak berkuasa.Sebagai contoh kata beliau Mahatma Ghandhi yang tahu beliau akan ditangkap telah hadir bersama-sama rakyat India yang lain ke jalanraya.Kata Bob Lokman sepatutnya apabila para peguam turun ke jalanraya bantah akta RUU semua rakyat turut serta biar pihak polis tak tahu yang mana satu peguam yang mana satu rakyat biasa.Begitu juga apabila profesor Dr Aziz Bari dihalang tugas di UIA semua rakyat kena turut serta bantah bukan hanya golongan pelajar saja berdemontrasi.Jika semua rakyat turun di jalanraya berapa banyak sangat mereka mampu tahan dan tangkap?
"Jika pemimpin tidak mahu berubah rakyat akan mengubah.Apabila rakyat
buat perubahan pemimpin akan bertukar" kata Bob Lokman dalam forum 'Apa
Salah Kami?' di Markaz Pas Seksyen 18 Shah Alam.
Bob Lokman kini semakin berani dan bersemangat selepas beliau dihalang pihak berkuasa JAIS kerana berceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Selangor.Pihak Jais telah keluar waran tangkap terhadap Bob Lokman.Ketika mengulas kes tersebut Bob Lokman berkata masjid terbabit telah tiga kali panggil beliau untuk berceramah sebab itu beliau datang.Bob Lokman kata kes beliau hadir ke masjid tersebut untuk berceramah umpama menolong isteri jirannya minta tolong bawa kereta hantar beliau ke hospital untuk bersalin..Beliau kata tidak ada lesen memandu.Isteri jirannya kata bawa sajalah janji tidak accident.Sampai dipertengahan jalan tidak berlaku accident tapi ditahan polis kerana tidak ada lesen memandu dan dibawa ke balai polis.Kata Bob Lokman takkan tak ada sifat perikemanusiaan langsung pihak berkuasa kerana beliau menolong orang!
Ketika mengulas isu akta RUU yang diluluskan di parlimen Bob Lokman berkata rakyat jangan takut dengan ugutan pihak berkuasa.Sebagai contoh kata beliau Mahatma Ghandhi yang tahu beliau akan ditangkap telah hadir bersama-sama rakyat India yang lain ke jalanraya.Kata Bob Lokman sepatutnya apabila para peguam turun ke jalanraya bantah akta RUU semua rakyat turut serta biar pihak polis tak tahu yang mana satu peguam yang mana satu rakyat biasa.Begitu juga apabila profesor Dr Aziz Bari dihalang tugas di UIA semua rakyat kena turut serta bantah bukan hanya golongan pelajar saja berdemontrasi.Jika semua rakyat turun di jalanraya berapa banyak sangat mereka mampu tahan dan tangkap?
No comments:
Post a Comment