Best Ever, Tolong Klik Sini!

Friday, December 9, 2011

Hadiah Replika Najis Buka Cara Islam Dan Adab Melayu

Sukar diterima akal, adab susila dan moral.
Tindakan sekumpulan NGO yang kecewa dengan kecemerlangan pentadbiran Pakatan Rakyat di bawan Lim Guan Eng. 
Cukup jijik mendengar mereka mengaku dari pertubuhan Melayu rasis dan beragama Islam.

Tindakan kaki demo Mohamed Ghani Abdul Jiman menghadiahkan empat kek replika najis sempena hari jadi Ketua Menteri Lim Guan Eng adalah keterlaluan dan di luar batasan susila orang Melayu, kata Pengerusi Gagasan Utara Media Haji Anuar Hashim.

Beliau berkata, perbuatan itu sangat terkutuk dan tidak tergambar dalam kotak pemikiran orang Melayu.., ia sama sekali di luar budaya orang Melayu.

"Inilah hasilnya, insan-insan terpilih yang dilahirkan daripada gagasan pendidikan Umno selama memerintah lebih 50 tahun," kata beliau sambil menegaskan rakyat Pulau Pinang, khususnya kakitangan kerajaan di semua peringkat bolehlah menilai sendiri sifat keinsanan pada manusia yang tergamak melakukannya.

No comments:

Post a Comment