Best Ever, Tolong Klik Sini!

Wednesday, December 14, 2011

Tanda-tanda Pilihan Raya Nak Dekat! Ketua Cabang Bukit Gelugur Letak Jawatan Dan Sertai Gerakan

NONEKetua PKR Bahagian Bukit Gelugor Lim Boo Chang telah meletakkan semua jawatannya dari parti itu dan kembali menyertai Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun, iaitu daripada 1984 hingga 1999.

Surat perletakan jawatan dan keluar partinya itu diserahkan kepada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, beliau pada mulanya tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun, beliau mula hilang keyakinan kerana parti berkenaan gagal menunaikan janji-janjinya.

"Konflik antara anggota berterusan, jadi dengan hati yang berat, saya letak jawatan,” katanya.

Beliau juga mengumumkan pengundurannya sebagai ahli majlis perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh PKR.

No comments:

Post a Comment