Best Ever, Tolong Klik Sini!

Thursday, December 8, 2011

Tabung Budi SYABAS Terbukti Salah dan Tidak Beretika - Khalid Ibrahim

Syabas tarik balik saman terhadap MB SelangorKUALA LUMPUR- Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menarik balik saman terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) yang mempertikaikan Tabung Budi, yang kononnya skim kebajikan untuk membantu keluarga miskin membayar tunggakan bil air.

Syarikat bekalan air itu mengambil keputusan menarik balik saman ini pada Isnin lalu, selepas perbicaraan berjalan selama dua hari (25 November 2011 dan 5 Disember 2011) yang telah menyaksikan empat saksi Syabas telah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Ini menunjukkan pertikaian kita terhadap Tabung Budi adalah betul selama ini.

"Saya menyeru kepada Syabas supaya menghentikan operasi tabung tersebut kerana perbuatan mereka adalah salah dan tidak beretika,” kata Menteri Besar ketika mengulas keputusan itu.

Tan Sri Abdul Khalid telah diwakili oleh peguam Christopher Leong, Edmund Bon dan Firdaus Husni dari firma guaman Chooi and Co.

Tabung Budi dilancarkan pada Ogos 2010 untuk membolehkan rakyat Selangor yang enggan menerima air percuma, memulangkan semula bayaran yang telah dibuat Kerajaan Negeri sebanyak RM11.40 kepada Syabas.

Syabas menggunakan duit ini untuk membayar tunggakan air yang tidak mampu dibayar oleh keluarga miskin termasuk membayar kos penyambungan semula bekalan air.
Ketika perbicaraan berlangsung, Mahkamah diberitahu bahawa Tabung Budi ditubuhkan oleh Persatuan Pekerja Syabas atau PEKA.

Bagaimanapun, dana akaun dan operasi diuruskan sekretariat berasingan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Roslan Hassan.

Sumbangan untuk Tabung Budi pada mulanya hanya untuk kakitangan Syabas tetapi dibuka kepada orang ramai bermula Oktober 2010.

Mahkamah juga diberitahu PEKA terpaksa meminda perlembagaan persatuan bagi membolehkan khidmat kebajikan diperluaskan kepada masyarakat luar susulan penubuhan Tabung Budi.

Bagaimanapun, mahkamah diberitahu pindaan itu hanya diluluskan pada Ogos 2011.

-Harakahdaily

No comments:

Post a Comment