Best Ever, Tolong Klik Sini!

Saturday, November 28, 2009

Pelajar Dirogol: Kurang Didikan Dan Perhatian

Apa dalam fikiran gadis ini agknya? Di mana kesedarannya bila mengikut orang yang tidak dikenali. Dalam umur yang masih lagi muda anak, di mana pehatian keluarganya?

Akibat tidak serik mengikut teman lelaki termasuk yang tidak dikenalinya, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dikatakan menjadi mangsa 'kenduri seks' enam lelaki dalam tempoh tiga hari.

Remaja perempuan itu dikatakan telah diperkosa keenam-enam lelaki terbabit dalam tiga kejadian berasingan sejak 11 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, dalam kejadian pertama, mangsa yang berasal dari Kampung Gong Tok Nasek di sini dikatakan pergi ke rumah rakannya di Marang untuk menukar pakaian pada 11 November lalu.

Pada masa yang sama, katanya, remaja itu telah menghubungi teman lelakinya yang datang bersama dua rakan yang lain.

"Mangsa kemudian bukan sahaja dirogol berkali-kali oleh teman lelakinya tetapi dua rakannya turut mengambil kesempatan mencabul kehormatannya," katanya kepada pemberita di pejabatnya kelmarin.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, teman lelaki pelajar itu kemudian menghantar mangsa ke Dataran Shahbandar pada keesokan hari dan ketika sedang berseorangan, datang tiga lelaki tidak dikenali menjemputnya menaiki kereta.

Katanya, tanpa rasa insaf dengan kejadian pertama, mangsa mengikut ketiga-tiga lelaki terbabit ke Kampung Tok Molor di sini dan menjadi mangsa rogol kali kedua oleh dua daripada tiga lelaki terbabit.

"Walaupun telah berkali-kali menjadi mangsa rogol, remaja terbabit dikatakan mengikut lelaki lain yang tidak dikenalinya ke sebuah hotel berhadapan Pasar Besar Kedai Payang selepas kejadian itu," katanya.

Zamri menambah, mangsa yang ditemui oleh kakaknya pada 13 November lalu membuat laporan polis.

Polis kini sedang mengenal pasti kesemua suspek dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Wednesday, November 25, 2009

Media Perlu Bersikap Adil Dan Jujur

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa telah memfailkan saman kepada NST Malaysia dan juga Berita Harian Singapura kerana memfitnah beliau.

Dalam muka hadapan akhbar berkenaan baru baru ini, Husam dilaporkan akan meletak jawatannya sebagai exco kerajaan negeri.“Saya hari ni melalui peguam Asri & Associate telah menghantar ‘Letter Of Demand’ kepada NST untuk dia minta maaf ‘front page’ dalam masa tujuh hari, termasuk berita harian di Singapura," katanya.Husam memberitahu, beliau menerima panggilan dari pelabur dari Singapura, Indonesia dan Mekah kerana telah membaca NST dan Mingguan Malaysia.

“Dalam Letter Of Demand ni, empat lima ayat yang digunakan tu ternyata fitnah,” tegasnya.Sambungnya lagi, pada pagi hari Selasa beliau tidak berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana berada di parlimen.“Pada hari Rabu pula ada mesyuarat exco dan Tok Guru keluar lebih awal,” katanya lagi.

Beliau menambah, pada hari Khamis, beliau merasa kurang selesa pada bahagian kaki dan telah mendapatkan rawatan di hospital.“Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat selama lima hari.“Saya hanya boleh masuk hospital pada hari Isnin kerana hari Sabtu saya seminar di Kuala Lumpur dan malam Ahad saya ada mesyuarat PAS Pusat yang saya hadir ke dua-dua program tersebut,” ujarnya lagi.

Pada hari Isnin, beliau telah bercadang untuk masuk ke hospital untuk berehat.“Tiba-tiba pada hari Ahad telah keluar cerita dalam Mingguan Malaysia,kononya saya telah diarahkan bercuti kerana dalam proses hendak dipecat dan mengugut untuk letak jawatan. Saya rasa amat dukacitalah,” katanya lagi.

Anwar Ibrahim Menang Di Mahkamah

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan News Straits Time Berhad (NSTP) membayar ganti rugi berjumlah RM100 ribu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).Mahkamah turut mengarahkan NSTP membayar RM20 ribu sebagai kos mahkamah.Keputusan itu diumumkan Hakim Harminder Singh Dhaliwall di Mahkamah Tinggi Jalan Duta petang tadi.

Pada 2003, Anwar memfailkan saman terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulan Tan Sri Abdullah Ahmad, di atas artikel yang bertajuk 'Anwar’s Link To US Lobbyist' yang disiarkan pada 2002.

Anwar menuntut RM100 juta bagi ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Artikel itu menyentuh dakwaan hubungan Anwar dengan pelobi Washington DC, hubungan kewangan beliau dan organisasi dikenali Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan tuduhan dalam akuan bersumpah oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid.

umNO Diutamakan, Rakyat Diketepikan

Amalan umNO, parti lebih penting dari rakyat, negeri atau negara. Kesetiaan kepada parti perlu diutamakan dan biar mati rakyat jangan parti dilangkah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh Pakatan Rakyat bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

Timbalan perdana menteri berkata bahawa pada dasarnya BN tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

"Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya.

"Jadi, kalau atas dasar yang biasa, biasanya kita tidak fikir sesuai tetapi saya percaya Tengku Razaleigh faham tentang itu dan kita serah kepada kebijaksanaan beliau untuk teliti sebelum buat keputusan muktamad.

"Saya fikir beliau orang lama dalam parti, dia tahulah keputusan apa yang dia nak buat," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh semalam yang menafikan dakwaan Anwar bahawa beliau telah bersetuju mengetuai kaukus petroleum itu tetapi masih menimbangkannya.
BERNAMA

Pelajar Selangor Bebas Fitnah BTN

Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan penyertaan para pelajar institusi pengajian tinggi miliknya ke program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali.

Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.

Tiga buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS.

Dalam sidang medianya di Shah Alam selepas mesyuarat itu, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinisasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) dan memecah belah penduduk pelbagai bangsa."

Laporan yang didapati dari pelajar-pelajar yang ke sana mengatakan BTN menerapkan kebencian kepada kaum lain dan seringkali memfitnah Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara. Kebanyakan Wakil Pakatan Rakyat juga seringkali dimomokkan sebagai tali barut penjenayah negara.

Selasa minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam gabungan pembangkang itu menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.

ADUN-ADUN yang membuat desakan itu: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

Ahli Hindraf Mogok Lapar Di KLCC

Seramai 18 orang ahli Hindraf hari ini mengadakan mogok lapar tepat jam 9.15 pagi di hadapan pintu masuk Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur.

Ketua penerangannya, S.Jayathas berkata, 18 individu berkenaan mewakili 18 permintaan masyarakat India kepada kerajaan yang dibuat pada dua tahun lalu namun masih belum mendapat sebarang jawapan.

Katanya, pada jam 1.30 petang pula, sekumpulan kanak-kanak akan menyertai perhimpunan ini.

Bagaimanapun pihak polis meminta kumpulan berkenaan bersurai.

Kumpulan itu bagaimanapun hanya berpecah kepada lima kumpulan kecil bagi mengelakkan di tangkap

Bagaimanapun, pada jam 10.15 pagi berlaku kekecohan apabila polis cuba menghalang tiga orang peserta mogok lapar yang duduk berhampiran pintu masuk KLCC, bagaimanapun mereka mendakwa pihak pengurusan KLCC membenarkan mereka duduk di situ.

Isu Royalti Minyak Kelantan: Ku Li Ketua Kakus Parlimen

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai kakus parlimen yang akan membincangkan isu royalti petroleum dan gas, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen hari ini, Anwar berkata, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang, telah menyatakan persetujuannya pagi ini.
Pakatan Rakyat mencadangkan penubuhan kakus itu minggu lepas, ekoran pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mulai tahun depan, kerajaan pusat akan membayar 'wang ehsan' kepada Kelantan dari hasil carigali minyak luar pantai di negeri itu.

Pengumuman itu mendapat tentangan wakil rakyat Pakatan, terutama dari Kelantan, yang berpendapat kerajaan pusat sepatutnya membayar royalti minyak dan bukannya wan ehsan.

Tengku Razaleigh tidak menghadiri sidang akhbar hari ini, tetapi telah meminta Anwar mengumumkannya.

"Ia merupakan isu panas sekarang dan saya fikir Tengku Razaleigh, yang pengalaman luasnya, akan dapat membantu kita," kata Anwar.

Kakus itu juga akan menyediakan draf pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Kita baru sahaja mengedarkan draf tersebut. (Walaupun) terdapat peruntukan yang jelas (dalam akta asal)... terdapat kekaburan (di mana ia) tidak menyatakan secara khusus isu wilayah dan (sempadan) luar pantai," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

"Kita mahu membuatnya menjadi lebih jelas dalam undang-undang supaya tidak ada interpretasi yang bercanggah dengan kepentingan negeri-negeri. Kita akan cuba menyiapkan draf itu untuk dibahaskan dalam sidang parlimen sekarang," tambahnya.

Anwar berkata, beliau juga akan memaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengenai penubuhan kakus tersebut.

Tuesday, November 24, 2009

Khalid Ibrahim: Rakyat Diutamakan

MB lebih utamakan rakyat daripada kontraktor yang mementingkan kepentingan diri sendiri

BANDAR TUN RAZAK 24 NOV: – Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata lebih baik beliau berjumpa dengan rakyat yang mempunyai masalah rumah terbengkalai daripada berjumpa pihak yang membuat masalah.

Bagi beliau, kebajikan rakyat lebih diutamakannya daripada ‘melayan’ kehendak pemaju yang gagal menjalankan amanah yang telah diberikan.

“Saya lebih pentingkan berjumpa dengan rakyat yang menghadapi masalah rumah terbengkalai dan dalam masa sama lebih baik saya tumpukan untuk menyelesaikan masalah rakyat daripada memberi masa kepada pihak yang tidak menyiapkan kerja,

“Masalah rakyat yang membayar duit pinjaman bank tetapi rumah mereka tidak disiapkan adalah lebih baik diambil berat daripada berjumpa orang yang dapat projek tetapi projek terbengkalai,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Karnival Blok 34 Sri Melaka semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Ahli Lembaga Pengarah LBCN Development Sdn Bhd (LBCN), Datuk Paduka Khairuddin Abu Hasan bahawa Menteri Besar bukan sahaja enggan memberi kerjasama malah tidak mahu menemui beliau untuk berbincang mengenai permasalahan yang timbul.

Sementara itu, Abdul Khalid enggan mengulas lanjut mengenai tindakan Khairuddin yang telah melantik peguam untuk menyaman beliau sebanyak RM500 juta.

Namun begitu, beliau berkata, rakyat Malaysia berhak mengemukakan saman kepada sesiapa yang mereka mahu tetapi terpulang kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Dalam laporan Sinar Harian kelmarin, selaku Ahli Lembaga Pengarah LBCN Development Sdn Bhd, Khairuddin akan mengambil tindakan saman malu sejumlah RM500 juta ke atas Abdul Khalid dan Kerajaan Negeri di atas kenyataan yang didakwanya biadab dan tidak bertanggungjawab tanpa usul periksa.

Terdahulu, kenyataan akhbar Abdul Khalid bertajuk ‘Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat’ didakwa sebagai memfitnah Khairuddin dan menganggap kenyataan itu tidak bertanggungjawab, tidak berasas, mengemukakan fakta yang tidak tepat serta mempunyai niat jahat untuk mencemarkan imej mahupun kredibiliti syarikat LBCN Development Sdn Bhd

Walau Tiada Tusukan Saya Tetap Diliwat, Saiful Bukhari


KUALA LUMPUR: Dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berniat jahat dan tidak boleh diterima memandangkan ketiadaan penemuan perubatan berhubung penetrasi, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam R Sivarasa, yang mewakili Anwar berkata bukanlah satu perkara baru bahawa untuk melakukan dakwaan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, penetrasi merupakan perkara utama dan teras.

Beliau berkata dalam kes ini, tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlaku penetrasi ke dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Berdasarkan laporan perubatan oleh pegawai perubatan dari Pusrawi yang mula-mula sekali memeriksa pengadu, dinyatakan bahawa dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal," katanya sambil menambah perkara itu turut disokong oleh laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menyatakan bahawa penetrasi tidak berlaku.

Oleh itu, beliau berhujah hakikat itu cukup untuk mahkamah membatalkan dakwaan terhadap Anwar memandangkan jelas bahawa tiada kesalahan yang telah dilakukan.

Sivarasa berhujah di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berhubung permohonan Anwar untuk membatalkan dakwaan liwat terhadapnya.

Pada 10 Mac, Anwar mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 24, bekas pembantu peribadinya, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 27 Jun tahun lalu.

Sivarasa turut berhujah bahawa dakwaan terhadap Anwar tidak berasaskan bukti sebaliknya berat sebelah, menyalahi undang-undang, berniat jahat, bermotifkan politik dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Beliau berkata mahkamah mempunyai hak dan kuasa sedia ada untuk membenarkan permohonan membatalkan atau menangguhkan dakwaan itu bagi mengelak pendakwaan yang menindas dan mempunyai niat buruk terhadap Anwar.

Sivarasa berkata pembabitkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kes itu jelas menunjukkan niat jahat terhadap Anwar, memandangkan beliau disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berikutan laporan polis terhadap beliau oleh Anwar membabitkan pemalsuan keterangan dalam insiden "mata lebam" ketika Anwar ditahan polis pada 1998.

Hakim Mohamad Zabidin menetapkan 1 Disember depan untuk keputusan.

Seorang Lagi Tertewas

Bersetuju dalam berjuang perlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Perlu juga berhadapan dengan kata-kata orang. Kadang-kadang hati juga tertewas dengan pujukan iblis dan musuh-musuh. Bukan sedikit mereka yang tewas, bukan sedikit mereka yang beralih arah. Lihatlah Ezam Md Nor, Lokman Md Noor, Badrul Hisham dan ramai lagi. Mereka ini orang kuat perjuangan namun juga tertewas. Namun perjuangan yang suci pasti ada pengganti.

SEORANG penyokong kuat parti pembangkang sejak 1999 dan orang yang bekerja keras untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempena pilihanraya umum pada tahun 2008 mengambil keputusan untuk menyertai Barisan Nasional (BN) melalui Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di Keningau yang turut disertai 70 orang ahlinya.
“Saya tidak mahu lagi kekalkan status pembangkang, saya sudah lama berada di dalam parti pembangkang tetapi sehingga kini tidak mampu berbuat apa-apa kepada ahlinya. Sebaliknya menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat,” kata seorang pemimpin veteran pembangkang , Johnny Sipit, 54 dari Mukim Lanas.

Katanya, beliau telah bersama dan berjuang dengan pembangkang sejak 1999, namun apa yang menyedihkan ujar Johnny ialah hanya kegagalan yang mereka hadapi dan tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu rakyat.

“Saya telah menentang kerajaan cukup lama, selagi kita pembangkang kita tidak akan mendapat perubahan. Malahan terpinggir dan jauh ketinggalan. Lebih ramai lagi yang akan menyertai BN melalui PBRS,” kata Johnny dalam satu penyerahan borang keahlian kepada Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg.Seselungon, Mukim Lanas di sini. Turut hadir Timbalan Presiden PBRS, Datuk Ellron Angin dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Sook, Charles Ikang.

“Saya terfikir sampai bila saya menentang dan menjadi pembangkang. Saya tidak mahu menjadi pembangkang seumur hidup kerana saya melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan,” kata Johnny yang merupakan penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihanraya umum yang lalu.
Kata Johnny, Jawatan yang tinggi dalam parti tidak bermanfaat kepada penduduk dan penyokong pembangkang di peringkat akar umbi.

“Saya tertarik hati dengan PBRS dan menyertainya kerana wakil rakyat PBRS telah bekerja dengan baik selama ini terhadap perubahan dan pembangunan di kawasan ini sedikit sebanyak,” kata Johnny.

Pelik Tapi Benar-Benar Berlaku dan Dibenarkan

Nazri Aziz ada komen dalam hal ini?

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baru-baru ini dikejutkan dengan teguran daripada dua orang Adun Pembangkang yang mempersoalkan kewajaran Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail membenarkan Yahya Abdullah (PAS-Jeneri) menggantikan tempatnya sementara beliau keluar menunaikan solat Asar.

Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) dan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) bangun mempersoalkan perkara tersebut ketika Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (PAS-Sala) sedang berucap menggulung perbahasan.

Semasa insiden tersebut berlaku, Timbalan Speaker, Ustaz Abdul Ghani Ahmad (PAS-Ayer Hitam) belum sampai ke dewan kerana mengalami kerosakan kenderaan dalam perjalanan pulang dari Pantai Timur.

Ustaz Azizan yang sedang berucap tergamam seketika menghadapi situasi ini dan memohon pandangan dari Penasihat Undang-undang Negeri.

Bagimanapun keadaan reda apabila Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) bangun memberikan penjelasan.

Menurutnya, perkara tersebut dibenarkan sepertimana yang termaktub dalam buku undang-undang perjalanan dewan.

"Perkara 3 dalam mukasurat 5 menyatakan Speaker boleh membenarkan mana-mana ahli dewan untuk menggantikan tempat beliau sementara," jelas beliau.

Mohd Nasir yang dihubungi kemudian menjelaskan bahawa Dr Abdul Isa selaku Spekaer merupakan seorang yang teliti dalam membuat sesuatu tindakan.

"Beliau bukanlah seorang yang semberono apabila bertindak. Apa yang dibuatnya teliti mengikut peraturan yang ada. Ini sekaligus menidakkan dakwaan sesetengah bahawa dia bertindak zalim khususnya dalam membuat keputusan berkaitan kerusi Dun Kota Siputeh," katanya

Nazri Aziz : Menteri Hal Ehwal Merapu Undang-Undang

Nazri Aziz, Menteri Hal Ehwal Undang-Undang, Pejabat Perdana Menteri. Skop kerjanya mengelirukan rakyat berkaitan pemahaman berkaitan undang-undang negara dan membodek ketua.

Kali ini Nazri Aziz bodek Muhyiddin pula. Kalau dilihat pada surat pekeliling itu memang tersangat layak Muhyiddin ini menaiki Nuri tapi untuk perkara kenegaraan sahajalah. Ini lah masalahnya bila umNO dan tak tahu nak bezakan pari dan kerajaan. umNO ini membentuk kerajaan, kerajaan tidak membentuk umNO. Perlu ada pemisahan antara keduanya.

Menaiki pesawat Nuri untuk perasmian mesyuarat umNO, kenapa yang ini Nazri Aziz tak nampak. Sudah dibutakan matanya demi keselesaan politik dan menjaga periuk nasi menterinya?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin layak menggunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berdasarkan garis panduan penggunaan pesawat itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.

Katanya garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawatpesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Antara asas pertimbangan kelulusan permohonan adalah bagi perjalanan yang tiada perkhidmatan udara MAS dan juga meliputi kawasan-kawasan terpencil yang memerlukan pesawat helikopter untuk sampai ke destinasi tersebut dengan kadar yang cepat," kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAPIpoh Timur) di Parlimen hari ini.

Lim meminta Perdana Menteri menyatakan garis panduan penggunaan pesawatpesawat udara oleh menterimenteri untuk kegunaan peribadi ataupun parti politik. Beliau mendakwa berlaku penyelewengan kuasa oleh Muhyiddin kerana menggunakan helikopter Nuri untuk menghadiri program Umno ketika peristiwa pendaratan kecemasan di Tuaran, Sabah akibat cuaca buruk Ogos lepas. BERNAMA

Monday, November 23, 2009

Menantu Letak Jawatan Kerana Tekanan Politik

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepadaMalaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Pilihan Raya Kota Seputeh Diteruskan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.

SPR akan memohon rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut dan membatalkan pengosongan kerusi Kota Seputeh.

Nanti Cuba Bantah Majlis umNO Pula


KULAI,23 Nov: Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kulai malam tadi terpaksa dibatalkan selepas hanya 10 minit berucap berikutan tindakan polis menarik balik permit di saat akhir. Punca permit ditarik adalah kerana bantahan dari kira-kira 30 pemuda Umno, kata Anwar dalam satu kenyataannya.

Hanya Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sempat berceramah dalam majlis itu.

"Alasan yang diberikan OCPD ternyata tidak masuk akal. Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran Umno maka ianya akan dibatalkan?" kata beliau dalam kenyataannya.

Bagi beliau, adalah tidak wajar polis mengikut telunjuk Umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap.

Anwar sepatutnya memberikan ceramah bersama Datuk Chua Jui Meng malam tadi namun terpaksa menghentikan program itu di pertengahan majlis.

"Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat untuk sekitar 10 minit kepada hadirin sebelum mereka bersurai," katanya.

Pertingkatkan Penguatkuasa kepada Restoran Mamak

Terima Kasih dan Tahniah kepada Harian Metro kerana berjaya menyedarkan Rakyat Malaysia yang gilakan makan di kedai mamak. Kononnya mamak Muslim tapi bila disuruh mengucap dan baca Fatihah memang terang-terangan tak reti langsung. Yang tak boleh blah siap cover line dengan gantung ayat-ayat Al-Quran kat kedai dia. Memang sungguh kurang ajar dan celaka mamak-mamak macam nie.

Jadi pengajarannya di sini kenalah berhati-hati makan kat kedai mamak. Bukan semuanya halal dan bukan semua mamak tue mamak muslim. Mereka ini memang pandai nak mempergunakan sijil halal dan ayat-ayat Al-Quran asalkan ramai orang Islam datang makan. Padahal makanan yang dimasak itu mamak bukan kisah pun halal ke haram. Yang penting duit masyuk.

Susah betul duduk kat Malaysia sekarang nie. Ramai sangat yang nak menipu asalkan dapat duit banyak. Tahniah kepada pihak JAKIM kerana berusaha keras untuk buat serbuan macam nie. Teruskan usaha anda. Jangan biarkan kami hidup dalam keraguan. Lagi-lagi dalam bab bab makanan nie. Kang tetiba perut buncit semacam je. Tapi sayangnya JAKIM tak bagitau nama kedai mamak tue dalam suratkhabar. Kami rasa sepatutnya kenalah bagitau. Baru rakyat Malaysia boleh boikot beramai-ramai.

Royalti Minyak Kelantan: Menteri Patut Semak Dokumen Lama

Kerajaan Kelantan menggesa pemimpin Umno sekarang mengambil teladan dari sikap bekas Senator Kelantan, Datuk Hassan Harun, iaitu antara individu Umno yang awal memperjuang tuntutan royalti negeri itu bermula tahun 1989.

Exconya, Datuk Husam Musa seperti yang ditulis dalam blog beliau memberitahu, sikap Tuan Hasan yang perihatin terhadap rezeki rakyat negeri sendiri wajar dicontohi pemimpin Umno lain.

Hassan sewaktu menjadi senator, pernah membangkitkan isu royalti Kelantan pada persidangan Dewan Negara.

"Senator Hassan Harun, atau lebih mesra dengan panggilan Abe Hase, telah mendahului saya dalam keprihatinannya terhadap hak dan masa depan rakyat dan bumi Kelantan.

"Abe Hase (Hassan) teladan untuk pemimpin UMNO Kelantan masa kini. Berbeza parti jangan sampai menolak-nolak rezki rakyat Kelantan.

"Hati perut kita biarlah bersama yang berhak, rakyat kita sendiri," tulis beliau dalam blog http://cetusan-hati.blogspot.com.

Biarpun perkara itu sudah 20 tahun lalu, namun situasi semasa sekali lagi menuntut semua pemimpin termasuk dari Umno dan khasnya di Kelantan membangkitkan kembali perkara itu.

"Untuk pemimpin UMNO, saya ulangi, belum terlambat, " katanya.

Sperti termaktub dalam rekod persidangan Dewan Negara bertarikh 9 April 1989, pada halaman 993,994 dan 995; Hassan pernah bertanyakan soalan berkaitan kepada Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Beliau antara lain meminta Perdana Menteri menyatakan apakah rancangan-rancangan dan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh penduduk- penduduk tempatan jika carigali minyak berlaku berhadapan kawasan negeri Kelantan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Kasitah bin Gaddam mewakili Perdana Menteri telah menjawab antara lain menyatakan bahawa kerajaan Kelantan akan menerima sebanyak 5 peratus daripada minyak dan gas yang dikeluarkan seperti diterima oleh Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Husam selain itu turut menyelar sikap pemimpin Umno jika masih berdolak dalih berhubung hak rakyat Kelantan itu.

Pelbagai bukti telah dilampirkan menyokong hujah tuntutan kerajaan negeri itu adalah sangat berasas.

"Penggalian dokumen lama memungkinkan kita mencantumkan tuntutan kita selari dengan semua penyataan yang pernah diucap kecuali sikap berdolak dalik UMNO yang sentiasa kekal sebagai punca masalah.

"Dokumen lama dan baru tidak pandai berbohong. Ya kata ya, tidak kata tidak," tulisnya lagi.

Berikut antara seperti termaktub dalam Penyata Rasmi Dewan Negara, 9 APRIL 1989, halaman 993,994,995;

CARIGALI MINYAK DI KELANTAN

1. Tuan Hassan bin Harun( Kelantan) minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) benarkah usaha carigali minyak di pantai Kelantan telah berjaya


(c) apakah rancangan-rancangan dan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh penduduk- penduduk tempatan berhubung dengan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Kasitah bin Gaddam):

Tuan Yang di-Pertua, usaha mencarigali minyak dan gas di perairan negeri Kelantan belum lagi berjaya menemui
minyak di dalam kuantiti yang komersial. Di dalam tahun tujuhpuluhan, Syarikat Esso telah menggerudi dua telaga tetapi gagal
menemui minyak.

Pada bulan Ogos, 1988, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Blok PM2, telah diserahkan pula kepada sebuah konsortium terdiri daripada Home Oil Malaysia Ltd., Petro-Canada Malaysia Inc., Texaco Canada Malaysia Inc., PEXCO N.V. dan PETRONAS Carigali.

Mengikut Kontrak Perkongsian Pengeluaran yang ditandatangani dengan PETRONAS, konsortium ini akan membelanjakan $43 juta untuk kerja-kerja mencarigali di dalam tempoh tiga tahun dan menggerudi empat telaga rambang di kawasan ini, bermula pada penghujung tahun ini.
Jika minyak ditemui dalam kuantiti yang komersial, maka konsortium ini akan bertanggungjawab mengeluarkannya.

Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak. Harakah Daily

Isu Perletakan Jawatan Husam Musa Selesai

PETALING JAYA, Nov 22 — Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa turut menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan dalam kerajaan dan PAS, sambil menyifatkan agenda menamatkan kerjaya politiknya oleh pihak luar “belum berakhir”.
Justeru, Husam menegaskan, beliau sama sekali tidak akan meninggalkan PAS di pertengahan jalan dan “sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru tidak akan mengangkat bendera putih” semata-mata kerana agenda Utusan.
Penafian serupa juga dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi.

Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.
Kelmarin, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkan beliau dari kerajaan negeri.
“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.
“Beratus SMS, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan telefon sejak awal pagi adalah bukti ‘berita’ yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit,” kata Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan dalam blognya hari ini.
Husam juga menambah, beliau lega dengan penjelasan Nik Aziz yang menafikan laporan media hari ini.
“Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya — Tok Guru Nik Aziz,” ujar Husam.
Dalam tulisannya, Husam juga menjelaskan bahawa beliau kini mengalami sakit belakang dan doktor menasihatkannya agar kurangkan aktiviti.
“Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.
“Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.
“Saya maklumkan pada bos saya (Nik Aziz). Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain,” katanya.
Husam mengakui telah mengadakan pertemuan Nik Aziz pada Khamis lalu, yang meminta agar beliau tidak menangguhkan rawatan.
“Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis. Apa kena-mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?
“Letak semua pulak tu?” soal beliau.
Bagi memperkukuhkan hujahnya, Husam yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Jun lalu menjelaskan: “Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama?”
“Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?” tambah Husam dalam tulisannya.

Teguran Terbuka Kepada Tok Guru Nik Aziz

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.
''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.
"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.
"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.
Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.
Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.
Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.
"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.
"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.
"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.
Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.
Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.
"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.
"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.
"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.
Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.

Adakan Keputusan Mahkamah Bakal Menggelapkan Kota Seputeh?

Tindakan Bekas ADUN Kota Siputeh dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat rayuan ke mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar amat membimbangkan akan menambah parah penghormatan rakyat dan dunia terhadap institusi kehakiman Malaysia.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar telah mengesahkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong berikutan ADUNnya, Abu Hasan Sharif hilang kelayakan sebagai ADUN setelah gagal hadir ke ersidangan DUN dua kali bertutur-turut tanpa memaklumkan dan kebenaran speaker.

Memperdebatkan perkara berkaitan keputusan speaker DUN dan Parlimen di mahkamah adalah tindakan yang mencabul demokrasi berparlimen ala westen Master dan boleh menggugat kepercayaan awam terhadap mahkamah.Ini kerana mahkamah sebagai badan kehakiman tidak boleh mencampuri urusan badan eksekutif, begitulah sebaliknya. Kedua badan ini dalam kuasa berbeza.

Demikian ditegaskan oleh Ahli MPT KeADILan juga bekas Ketua Perhubungan KeADILan Sabah, Hj Ansari Abdullah yang telah 30 tahun lebih terlibat sebagai pengamal undang-undang.Menurut Hj Ansari, apabila badan eksekutif seperti DUN atau Parlimen membuat keputusan, maka SPR kena akur dan hormati keputusan yang telah dibuat oleh Speaker Dewan yang melaksana kuasa di bawah arahan tetap standing order.

Beliau kecewa apabila melihat Speaker DUN Perak dan Kedah terpaksa turun naik mahkamah untuk mempertahankan keputusan mereka. Sepatutnya perkara ini tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terutama SPR menghormati bidang kuasa masing-masing.

Namun demikian, beliau menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar tepat kerana mengembalikan kuasa pemutus kepada speaker DUN dan mengikut undang-undang sedia ada. Hj Ansari juga menyokong penuh kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung tindakan-tindakan yang mencemar institusi kehakiman.Institusi kehakiman kita terus merudum semenjak pemecatan Tun Salleh Abas pada tahun 1988 dan telah mendapat teguran pedas Bapa kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra yang menyatakan tahun 1988 merupakan tahun terburuk dalam institusi kehakiman semenjak merdeka.

Keputusan-keputusan mutakhir ini juga menunjukan bagaikan ada campurtangan dalam membuat keputusan.Kes Video Linggam, Menteri Besar Perak, ADUN katak Perak dan Persiangan memperlihatkan keputusan akan menyebelahi BN sekiranya kes dibawa ke mahkamah Rayuan. Tidak mustahil kes Kota Siputeh akan menjadi seperti kes Persiangan dan akan menambah hitamkan lagi institusi kehakiman.

Keputusan rayuan Kota Seputeh akan diketahui selewatnya Isnin, 22 November 2009.

Saturday, November 21, 2009

Biasalah SPRM: Nak Tunjuk Buat Kerja

Biasalah mereka ni, baik polis ka Sprm ka, mana2 agensi kerajaan macam ni lah. Kalau dah kena report mula lah siar satu malaya tindakan diorang.

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi pada Jumaat dilihat hanya sebagai sandiwara dan perkara biasa SPRM untuk memulihkan imej setelah tercalar teruk ekoran keputusan mahkamah yang tidak membenarkan SPRM melakukan siasatan di luar waktu pejabat seperti yang lazim dilakukan oleh SPRM.

Ia bukan satu tindakan yang jujur kerana sebelum ini sudah berlaku kejadian seumpama itu apabila kredibiliti SPRM merudum dengan teruk, mereka melakukan penahanan seorang ADUN UMNO Terengganu, kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

Tetapi selepasnya, apa yang berlaku? Tiada sebarang pun tindakan diambil. Hal yang sama juga bakal berlaku ke atas enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi yang ditahan.

Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.

Justeru itu dakwaan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bahawa tindakan SPRM itu kononnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas mereka adala hanya sebagai satu usaha untuk membersihkan nama SPRM yang telah diketahui umum melaksanakan siasatan berpilih, tidak telus, kejam serta tidak profesyenal.

PAS Kelantan Tidak Mahu Campur Isu Berkaitan Nik Aziz

PAS Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan ia tidak ada kena mengenai soal politik.

Setiausaha Badan Perhubungannya Mohd Zaki Ibrahim berkata parti itu yakin Nik Aziz mampu menyelesaikan sendiri isu berkaitan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan menunaikan haji ke Tanah Suci.

"PAS Kelantan tidak pernah membincangkan soal ini kerana ia bukan perkara politik sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat badan perhubungan parti itu di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan tetapi enggan menemui pemberita atas alasan kesihatan.

Mengenai khabar angin Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK dan juga peletakan jawatan seorang Exco kanan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan dalam blog tertentu, beliau berkata: "Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini)."

Pada mesyuarat itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Husam Musa tidak hadir dan dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital atas sebab kesihatan.

Kubur Teoh Beng Hock Di Gali Hari Ini, Bedah Siasat Esok

Mayat mendiang Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock diusung selepas kuburnya digali semula di Nirwana Christian Memorial Garden dekat Semenyih di sini, hari ini. Mayat mendiang digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan yang dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 16 Julai, Teoh, setiausaha politik kepada anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salahguna peruntukan kerajaan negeri di pejabat SPRM yang terletak di bangunan yang sama. --fotoBERNAMA

Friday, November 20, 2009

Wartawan Kelu Lidah Jawapan Menteri Besar Kedah

Wa memang tergelak habis,bila member wa cite kisah wartawan nak perangkap MB Kedah,Ustaz Azizan Razak dalam satu temual bual bersama MB Kedah tu semalam.Memang la perangai dan sifat wartawan upahan Umno ni kalau boleh nak kasi terjerat habis pimpinan Pas dengan soalan-sealant mereka yang mengelirukan.

Kisahnya..Apabila seorang wartawan bertanya soalan yang dianggap Soalan Perangkap Maut untuk pimpinan Pas ini,dengan pertanyaannya "Tidakkah merugikan wang rakyat apabila kerajaan Kedah mengambil peguam untuk membawa kes Kota Siputeh ini ke mahkamah,sedangkan wang upah peguam tersebut boleh digunakan untuk kepentingan rakyat?

"Biak la kita rugi sedikit untuk membayar peguam.daripada kita membayar GAJI BUTA dengan wang rakyat setiap bulan kepada ADUN BN yang pemalas."Jawab MB kedah dengan sinis.

Kah..kah..kah..lu orang nak main dengan MB yang berilmu dan Cerodik,jawapannya tepat dan padat menyebabkan wartawan tersebut terdiam,ini lah pentingnya MB yang mempunyai ilmu mantik..sekali kilas wartawan terpulass.

Jawapan begini mengingatkan wa kepada Allahyarham Presiden Pas Datuk Fadir Noor dalam satu ceramah beliau..semasa beliau sedang berceramah mempersoalkan kepimpinan Dr. Mahathir,tiba-tiba penonton di bawah pentas menjawab "Mahathir dah Nyanyukkk"..Datuk Fadil tersenyum mendengar sampukan penonton,lalu menjawab..

"Mahathir tak nyanyukk..Kalau orang nyanyuk dia main taikkk...ini dia main kepala hampaaa.."kata beliau sambil tersenyum...penonton yang hadir turut tergelak dengan jawapan beliau yang cukup sinis.

Sendiri Mau Ingat. Perak With Love

Menanti Perpecahan umNO Selangor

umNO sering menggunakan pepatah 'kalau tiada angin masakn pokok bergoyang' pabila berbicara mengenai pergolakan parti dalam Pakatan Rakyat. Dan pepatah itu jugalah kita utarakan untuk berbicara khabar angin mengenai bekas Menteri Besar Selangor, Muhamad Muhd Taib.

Problem Dunia ada tulis sebelum ini mengenai pertemuan Muhamad Muhd Taib dengan Khalid Ibrahim sebelum konvensyen n. Selangor berlansung minggu lepas. Dalam pertemuan tersebut Muhamad Muhd Taib telah memuji pencapaian yang dilakukan Pakatan Rakyat dalam mentadbir Selangor. Berikutan itu bangunlah askar2 kecil menafikan pertemuan tersebut dan menghunus kerusi untuk mempertahankan perpaduan dalam umNO.

Nampakya mereka masih belum faham akan politik semasa seperti mana Mahathir selalu utarakan, dalam politik kawan bukan selamanya kawan dan musuh tidak selamnya musuh. Muhamad Muhd Taib juga seakan mengiakan khabar angin setelah hampir setahun menyerahkan segala tugas sebagai Ketua Bahagian umNO kepada timbalannya.

Walaubagaimanapun, Md Taib diakui adalah seorang yang taat dan berpegang kuat pada tali umNO. Dan tidak mungkin beliau akan lupa jenayah wang yang dilakukan sehingga membawa kepada turunnya beliau dari kerusi politik negeri Selangor.

Pakatan Rakyat diharap dapat melakukan sesuatu jika mahu menerima Muhamad Muhd Taib supaya tidak mengiakan kata orang ramai yang Pakatan Rakyat menyimpan sampah taik Barisan Nasional.

Walaubagaimanapun, dalam politik segalanya mungkin terjadi.

500 Tokoh Muslim Berpengaruh Di Dunia

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009. Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Kes Azmin Ali : Ayuh SPRM Jadilah Anak Jantan

Dari Zabidie Abas

Suruhanjaya Pencegah Rasuh Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (Polis) bagai berlumba lari untuk menyelasaikan kononnya YB Azmin Ali terlibat dalam pembelian saham RM8 juta.

SPRM berkata dulu mereka ada menyiasat tetapi berkata, “tidak cukup bukti”. Kini SPRM berkata “temui bukti baru”. Ia adalah lawak biasa yang berkumandang bila SPRM bertemu media.

Pencatat mengerti mengapa SPRM dan Polis seperti lipas kodong ingin mendakwa Azmin Ali. Ia tidak lain kerana sikap membondek keterlaluan masih menjadi budaya SPRM dan Polis.

Minggu ini dan lepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid telah membongkar beberapa penyelewengan dan ketirisan yang bernilai berbillion ringgit.

Amnya SPRM dan Polis jika melibatkan UMNO, mereka akan buat selamba bodoh sahaja. Adakah mereka berkerja dengan ‘berselamba’ atau mereka itu ‘bodoh’.

Pencatat kurang arif. Pembaca lebih mengerti.

Pencatat dimaklumkan secara lisan oleh seseorang. Semasa Azmin Ali ketika menjadi pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat rakan taulan Azmin Ali mempergunakan nama beliau.

Ia bertujuan jual-beli secara kontra untuk mengaut keuntungan segera. Ia menjadi amalam biasa peniaga saham pada ketika itu.

Difahamkan Azmin Ali tidak menurunkan sebarang tandatangan pada urusan jual-beli saham tersebut. Allahulambisaw.

Tahun 1992-1994 bukan sahaja Azmin Ali terlibat dalam pasaran saham yang melonjak dan menjunam mendadak. Mohzani Mahathir, Mukriz Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan keluarga menteri BN-UMNO juga terlibat.

Ada berita yang mengatakan pada tahun tersebut salah seorang dari mereka hampir terjun bangunan kerana mengalami kerugian ratusan juta.

Kita akan lihat SPRM dan Polis menyiasat kes Azmin Ali sahaja. Ia disebabkan amalan membodek dan ibarat lembu dicucuk hidung masih diamalkan.

Siapa peduli Malaysia tersenarai negara pengamal rasuah diantara tertinggi di asia dan dunia. Anda ada jawapannya.

Hanya RM2.00 Untuk Tok Guru Nik Aziz Menunaikan Haji


Sebak dada kita melihat pihak musuh politik berterusana menyerang peribadi Tok Guru. Lepas satu peristiwa satu lagi ditimpakan ke atas bahu Tok Guru. Sedih hati kita melihat susuk kecil ini menanggung bebanan yang sangat berat. hanya Allahlah tempat Tok Guru mengadu kerana Tok Guru tidak mahu rakyat risau melihatnya.

Sikap angkuh pemuda umNO diselar dalam hal penajaan haji Tok Guru. Begitu banyak rasuah yang berlaku disekeliling pimpinan mereka, tajaan Tok Guru yang ikhlas dan dikhabarkan secara terbuka menjadi fokus mereka. SPRM juga dengan cepat menyiasat perkara ini walaupun pelbagai lagi laporan rasuah besar telah diaukan. Ini adalah tuduhan terpilih dan hanya umNO lah dilihat layak untuk menjadi jaguh kampung sebegini.

Selama 19tahun Tok Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar sebuah negeri yang miskin, masih boleh kita lihat tidak seinci pun kehidupan Tok Guru berubah. Lihatlah disekeliling Tok Guru, rumahnya masih sebegitu, tiada pengawal, masih tawaduk dan tidak membazir. Dihormati kawan dan lawan. Dipercayai teman dan musuh sendiri.

Berbeza dengan Menteri Besar yang lain yang seringkali dilihat boros dan menghabiskan harta awam. Ada seorang Menteri Besar sebuah negeri yang hanya menduduki kerusi terbabit selama 8tahun sudah mampu membina rumah bernilai RM24juta. Di mana hati pabila rakyat masih miskin dan berpayah mencari seringgit?

Disinilah kita patut bangun dan membantu Tok Guru yang disayangi. Marilah kita manyumbang tidak banyak hanya minima RM2.00 seikhlas yang mungkin. Dengan demikian dapatlah serba sedikit pahala membantu seorang yang alim ulama menunaikan haji. Klik disini untuk menyumbang kepada Tok Guru Nik Aziz

Thursday, November 19, 2009

Kemenangan Moral Khalid Ibrahim dan Kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak dibenarkan menyoal siasat saksi semalaman, dan hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat, iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang. BERNAMA

Rentetan dari peristiwa pembunuham Pembantu Exco, Teoh Beng Hock di pejabat SPRM Selangor, Khalid Ibrahim telah mengeluarkan pekeliling yang melimitkan masa penyiasatan SPRM dalam waktu pejabat dan di bangunan kerajaan negeri sahaja.

Ini dibantah oleh Peguam Negara yang mengeluarkan saman pemula untuk membantalkan pekeliling negeri.

Satu lagi kemenangan moral kepada kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim

Amaran Buat Peguam Bala

Beberapa bom petrol dibaling ke rumah seorang peguam terkemuka, dipercayai ada kaitan dengan 'wawancara' dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang disiarkan dalam Youtube baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan semalam bekas presiden Majlis Peguam, Manjeet Singh Dhillon - yang kini berada di London bersama keluarganya - berkata rumahnya di Damansara itu dibaling bom petrol pada jam 7.20 malam tadi.

Kebakaran yang berlaku telah merosakkan dinding garaj rumahnya. Laporan polis dipercayai telah dibuat oleh rakan-rakannya berhubung kejadian tersebut.

Menurut Manjeet, insiden itu mungkin satu "amaran dan ancaman" terhadapnya dan keluarganya ekoran kehadirannya dalam satu rakaman wawancara dengan Balasubramaniam baru-baru ini.

Katanya, mereka yang membuat ancaman tersebut gagal menghargai peguam yang mempunyai peranan dalam melaksanakan tugas profesional mereka.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, beliau hadir di wawancara tersebut sebagai peguam Americk Sidhu, yang mewakili Balasubramaniam dalam membuat akuan bersumpah pertamanya.

Katanya, kehadirannya dan peranannya dalam wawancara itu adalah untuk memastikan integriti dan wawancara itu dilakukan secara sukarela.

Manjeet menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan atau hubungan dengan mana-mana puak atau parti politik.

Dengki Khianat Manusia Tamak Kuasa

Kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui 3 parti berbeza fahaman melangkah gagah dengan pencapaian hebat. Rakyat keempat negeri hidup begitu aman dan gembira. Ini menyebabkan kepala musuh2 demokrasi ini botak dan menyusun banyak strategi mengagalkan fokus negeri berkebajikan tajaan Pakatan Rakyat

Terbaru kejadian penyebaran SMS berunsur khianat dan fitnah oleh musuh2 rakyat. SMS itu berbau hasutan untuk memburukkan negeri Pulau Pinang. Kandungannya berkaitan pemberian bantuan kepada fakir miskin yang dilakukan dalam 2 tokong.

Semalam, pasukan polis sudah mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Exco Kerajaab Negeri Phee Boon Poh berkenaan fitnah terbabit.

Fitnah sebegini sudah acap kali diterima wakil rakyat Pakatan Rakyat dengan satu tujuan untuk memburukkan imej dan menanam rasa benci kepada rakyat.

Semoga kerajaan Pakatan Rakyat tidak tunduk dengan desakan dan fitnah sebegini dan terus fokus dalam membawa Harapan Baru.

Isu Penajaan Haji Tok Guru Nik Aziz Selesai

KOTA BHARU, 18 Nov: Keputusan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasrat mengerjakan haji ke Makkah tahun ini dianggap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz boleh menyelesaikan isu.

“Tindakan Menteri Besar Kelantan mengambil keputusan membatalkan hasrat mengerjakan haji memudahkan kerja kami.

“Memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan Tuan Guru seorang Menteri Besar, ia tidak boleh berlaku perkara sedemikian.

“Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar,” ujarnya kepada media selepas mengunjungi Menteri Besar, di pejabatnya petang tadi.

Jumaat lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz membatalkan hasrat menunaikan haji disebabkan isu ada pihak memperbesarkan isu tajaannya untuk ke Makkah.

Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku badan bebas melakukan siasatan berdasarkan laporan dalam akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu.

Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah.

“Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa.

“Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus,” ujarnya.

Beliau juga berkata, sebagai contoh jika seseorang itu memberikan rasuah dan meletak wang di atas meja tanpa diusik orang yang ingin dirasuah, ia belum boleh dikaitkan dengan rasuah.
Harakahdaily